Showing posts with label Feelings. Show all posts
Showing posts with label Feelings. Show all posts

19 August 2009

Ramadhan kembali

Alhamdullilah.....di panjangkan lagi umur untuk bertemu ramadhan yg akan tiba beberapa hari lagi.
Kepada semua kengkawan...."Selamat Menjalani Ibadah Puasa".
Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan.

Belum pun masuk ramadhan, tapi baju raya dah siap aku tempah....ngarut kan!!
Eh tak ngarut...skrang ni, 2-3 bulan sebelum poser, org dah berpusu2 tempah baju.
Dulu2...aku x heran sgt org g tempah baju raya......2-3 hari nak raya, aku baru terhegeh2 nak g cari baju yg dah siap tu. senangkan.

Tapi sejak dah 'beramai' ni, kena le prepare awal sikit...sian anak2 bujang gua, takut tak sempat berbaju melayu sedondon nanti hehehhehe....skali dgn bapaknye le tuh.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak sambung sket citer pasal maid aku ari tu.
Aku dah selamat hantar dia ke agen & agen dah tolong ubat kan. Seminggu gak dia kat umah agen tu. Anak2 aku tumpangkan kat umah mak aku. Mak jugak jadi galang ganti...aduhaiii, apa nak buat kan.

2-3 hari lepas amik bibik kat umah agen, aku sembang2 le dgn dia.
Katanya, dia dah ok sket...dah takde mimpi org2 mati.
Hati pun dah tenang, takde runsing2 lagi.
Menurut org yg ubatkan dia tu, memang 'bende' tu di hantar dari indon. Agaknya adalah tu yg iri hati....manusia...manusia.
Tapi yang x berapa sedap tu, agen tu pesan kat aku...katanya bibik ni ada gastrik, aku kena make sure bibik makan...even klau dia nak mkn dlm bilik pun, biarkan lah.
Mereka ni malu dgn majikan...sbb tu tak mkn.

Aku kecik hati sket la.....tak tau le kot aku yg emosional....terlebih rasa.
Agaknya agen tu agak aku ni tak bagi bibik mkn.
Aku ni bertalu la tanya & sruh dia mkn sebelum ni.....mcm dia lak yg jadi majikan.
Tak cukup aku yg tnya dia dah mkn ke belum...husband aku pun tanya jgak.
Tapi klau dia yg takmo mkn...apa aku mau bikin.
Tak kan nak di suap...di hantar ke bilik....
Mak aku pun dah warning aku "jangan di bagi muka sgt, esok sendiri susah"
Ontah la mak...serba tak kena ni.

Dan baru2 ni, aku saje2 sembang kosong dgn dia time dia tolong2 aku masak kat dapur tu.
Aku tnya keadaan dia skrang...dia kata skrang ni slalu mimpi arwah ayah dia, sruh balik ke indon.
Aikkk...mimpi lagi? Adusss
Ditambah lagi....selalu macam nampak bayangan muka anak dia.
Pulak dah......ini kes homesick!!!! hahahah...jahat aku kan gelakkan dia. tak niat ok!!
kadang2 aku kelakar jgak dgn ragam dia ni.

Iyer la..aku pun faham....dia tak pernah seumur hidup tinggalkan anak dia.
Mesti la rindu bagai.....
Aku tnya dia....nak balik indon ke.
Jawapan dia...hehehehhe...mesti lah nak kan, apa punyer soklan la aku bagi kat dia.
Aku bukan lah kejam sgt...aku ni ada perasaan....apa salah nyer kalau nak balik kejap kan walaupun potongan gaji dia aku lom habis dapat.
Lepas discuss dgn hb, kitaorg setuju nak bagi balik time raya nanti..seminggu cukup la kan.

Aku pun sampaikan pada bibik.....skali dia jawab daaaa...
"1 bulan boleh kak??"
"huh?? 1 bulan....lama nye bibik. ni nak balik terus atau mau keje sini lagi"
"mau pulang dulu, mau diubat sakit ini kak, perut nya sakit...dada sakit...pusing slalu, nanti klau sudah sembuh, telefon kakak semula"

hahahhaha...aku suke jawapan dia....dia yg letak syarat kat aku ok....
takpe la...sebab dulu aku ada pesan kat dia...klau nak balik sana, ckp je dgn aku, jgn lari2.
so skrang dia udah bilang sama gue.
aku kotakan janji aku walaupun risiko aku sendiri yg tanggung.
nanti aku discuss la dgn agen dia. aku plan, bulan 12 nanti boleh la bg dia blk kg halaman terchenta...time tu cuti sekolah....anak2 bleh aku tumpangkan kat umah mak kat kampung.
alahai...mintak jasa baik mak lagi. takpe...adik2 pun cuti sekolah, bleh tgk kan anak2 buah dia yg hero2 ni.
Mak & ayah dia???.....honeymoon le, apa lagi...dah tggl 2 org je kan.

Dan untuk kesekian kalinya, mak aku mengingatkan aku lagi.
Jangan di manja sgt maid tu...ikut sgt ragam dia.
Entah le....aku pun serba tak kena gak ni...tak ikut kang, di murung lak.
Tak kan aku nak tahan2 dia kan.....bagi je la dia balik. abis citer!!
Samada dia dtg ke sini semula atau tidak.....hnya tuhan yg tahu.
Kalau dia berhati perut...dia dtg le semula, klau tak.....agaknya aku ni ada dosa2 dgn orang kot, sbb tu dapat masalah2 macam ni.
SEMUA ORANG....ampun kan aku.

Satu lagi kan....ini cerita cemburu + jeles + iri hati.
Fiqry, anak aku no.2 tu...manja giler dgn bibik.
Ada ke tgh aku landing2 dgn fiqry...skali bibik lalu, fiqry tu laju kejar bibik sambil merengek2.
Sekali dua...aku tahan rasa hati...tp hari ni aku takmo tahan.
Aku ckp kat hb...fiqry tu dah takmo dgn aku....sedihhhhhh.
Aku dah jatuh no.2...sedih tau.
Aku susah tau nak jeles...aku jarang berperasaan cemburu...tp kali ni aku jeles bangat.

Aku teringat mak mentua aku pesan...urusan anak2 ni biar kite sendiri uruskan.
contoh mcm mandikan anak, air mandian tu jatuh kat badan anak dgn sentuhan kita, itu pengikat kasih syg....anak susah lupa.
satu lagi, masakan dari air tgn ibu...pun pengikat kasih syg....yg ni aku dapat le buat.
tp tu pun berebut2 dgn bibik, sape yg nak masakkan.
Asal aku terlewat bangun je sket, bibik awal2 dah masakkan bubur fiqry. kecewa aku tgk....aku tak kira...aku dapat kacau2 kan bubur tu dgn senduk pun kira ok lah.
Nampak macam karut kan...tp aku percaya.

Fiqry mmg dah lama tak mandi dgn aku, kecuali sabtu ahad la.
Tido siang pun...bibik yg usap2 dia...malam je baru tido dgn aku.
Itu pun berebut2 dgn along nya yg lagi manja terlebih tu...tp yg along ni..takmo lak manja dgn bibik....cari mak ayah nyer jgak.
Tp bukan salah bibik pun...dah fiqry seharian dok dgn dia.....dgn org tu la dia mandi, makan, basuh berak bagai...mau nyer dia tak mencari org tu kan.
Entah le...tp aku still cemburu...kecik hati tau...
kalau dulu, asal menangis, aku org pertama dia nak peluk....
skrang ni....nangis je, aku trus amik...skali dia tolak aku daaa...bibik lak, laju2 dtg amik dia.
aku cemburu tau,.....serius hati aku terluka, sedih.....
anak aku letak aku pilihan kedua.

ada skali tu, fiqry nangis...aku dukung dia...bibik dtg nak amik.
aku trus bwk fiqry masuk bilik...peluk dia kuat2, lagi kuat dia nangis.
mujur aku tak nangis skali....
haiiii...ontahlah...serba serbi tak kena la.

sudah dulu lah utk kali ni.
lain masa, klau ada kesempatan...bercerita lagi.
wassalam................................

27 April 2009

Kadangkala.....

Melayan lagu ni jap....sejak lagu ni kuar, suke benar aku nak dengar berkali2.
Kalau la otak manusia ni mcm CPU, dah lama rasa nak format je kan....




Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

04 December 2008

Just Wait N See

Apa yg nak di tunggu?
Entah la...

Apa kisah atau cerita yg bakal menyusul?
Aku tak pasti....

Apa yang aku rasa?
Tak tenteram....

Yes...semua benda yg dibuat serba tak kena.
Selera makan pun makin menyusut.
Ermmm....hati pun x brape nak gembira, saje senyum2 kan diri depan org.
Saje buat lawak2 bodoh utk cover kegusaran...
Mereka tak kan dapat meneka kegusaran aku, aku mampu mengawal tingkah utk tidak di kesan melainkan aku yg meluahkan.

Yang pasti, aku dah semakin bosan.
Tolong la berubah....
Atau ko MAHU aku yang BERUBAH.

Kalau aku yang membuat perubahan itu.
Jangan ko fikir aku akan menoleh ke belakang lagi.
FULL STOP!