Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

16 July 2009

Apakah itu???

Baru aku nak menarik nafas lega, sebab segala urusan anak2 dah selesai.
Bibik pun dah dapat & nampak boleh di harapkan.
Tiba-tiba aku didatangi cerita yg agak 'serammmm'

Arghhh.....aku ni dah le tergolong dlm golongan yg agak kurang berani.
Walaupun kat luar nampak mcm brutal je, even kwn2 opis aku pun x caya aku ni penakut.
Aku mmg penakut sebenarnya.....huhuhu

Ok, Ceritanya begini......tadaaaaa....
Dalam 2 minggu bibik aku kat sini, dia ada la demam.
So macam biasa, aku amikkan dia ubat.
Aku rasa badan dia, xde la panas sgt, cuma dia kata pening kepala, then dia pun assume maybe perubahan cuaca.
So aku biarkan dia berehat dlm 2 hari.

Lepas dia dah sihat, aku tnya dia samada mmg slalu ke sakit kepala masa kat indon.
Dia kata, jarang2...kalau sakit pun sekejap...takde la lama2 sgt.
Then seminggu berlalu, aku sengaja tnya kesihatan dia semula.
Tiba2 dia bukak citer......dia kata, ari tu yg kepalanya sakit sbb diketuk orang!
Huh!!!...diketuk org?.....sape yg ketuk? Eirfan ke?....aku nak start tuduh la.
Sebab anak aku yg sorang tu boleh tahan jgak notty nye.

Dia kata "enggak kak, malam tu saya di bawah, nonton tv, akak & abg semua di atas, tiada sapa2 di bawah ini, tiba2 saja saya diketuk kuat sekali di kepala, sakit bangat kak. Bingung kak, enggak ada sapa2...tp kepalanya di ketuk, langsung demam kak"

gulppp.....aku telan air liur. berdiri segala bulu roma. aku tarik dia duduk sebelah aku.
"bibik, cerita semula....bibik bukan tido ke masa tu, bibik sedar tak"
"iya kak, enggak tido...lagi nonton, malam jumaat. kak, rumah di tepi2 ini kosong ya?"
"a'ah kosong...xde org, kenapa?"
"mungkin ada yg ganggu saya, saya kan org baru di sini, mungkin ada yg enggak suka sama saya"

Aku panjangkan citer ke husband + ayah + mak.
Mula la aku start takut nak dok umah sendiri.
Dulu2 aku mmg mcm ada rasa sesuatu jgak kat umah ni. tp xde le gejala sebrutal ni terjadi.
Ada rasa2 je la...mak aku & mak mertua pun ada ckp, rumah aku ni mcm la 'ada sesuatu'.
tp tak dpt nak dipastikan.

Then aku berjumpa dgn seseorang yg pandai hal2 mcm ni kat Melaka.
Minta 'tengok' kan rumah aku ni.
Katanya, rumah aku ni mmg 'ada', tp bende tu dtg pergi....dia tak tetap kat situ. Bertuan bende tu. Dan orang tu pun ada ajar apa yg patut nak dilakukan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

12 July 2009

Minggu lepas, bibik aku sakit kepala semula.
Kebetulan hari sabtu tu aku nak balik kg di pahang.
Kesian pulak aku nk bawak bibik dalam keadaan sakit kepala tu, lagi pening nanti klau jalan2 jauh. So, aku suruh dia rehat je kat umah. Aku just balik hari je, nanti malam balik semula ke sini. Aku pesan kat dia, takyah buat keje apa2...rehat je.

Sepanjang berada kat pahang, aku x sedap hati tinggalkan dia sorang2.
Kejap2 aku telefon dia. Ayah aku pun marah aku tinggalkan bibik.
Bukan sengaja nak tinggalkan, nak bwk pun dia x sihat....nanti jadi lg sakit.
Ayah aku pun kejap2 call bibik, ayah aku takut bibik lari sebenarnya heheheh.
Ayah aku takut sgt bibik tu lari.....byk kali aku ckp kat ayah "ayah, klau dia nak lari....biar la, dia akan cari masalah sebenarnya"
Dan pada bibik pun aku dah pesan "bibik kalau tak suka keje dgn saya, bagi tau aje...jgn lari2, nanti susah sendiri, saya boleh hantar bibik pulang dgn baik"

Berbalik pada citer asal, hari keesokkan nya....aku lumurkan kepala bibik dgn asam jawa.
Petua org tua2, klau sakit kepala....nak redakan, lumurkan dgn asam jawa & bungkuskan dgn kain. Aku suruh dia rest, bagi kepala tu sejuk. Harap2 elok lah nanti. Risau jgak aku kot2 lain pulak penyakitnya.

Bila petang sket, bibik dah bgn dr tido....aku tnya reda sket ke sakit nya.
Dia kata "enggak, dadanya panas...langsung bawa ke kepala. otaknya rasa bagai ditarik2 kak. sakit bangat. malu mau bilang sama kakak. saya ini pembantu aja, tapi udah menyusahkan kakak & abg. dibelikan obat, dipicitkan kepala, ampun kak"

Adusss....kesian pulak dia.
Aku x sedap hati, start menggoogle sana sini.
Jumpa website ni : Perubatan Islam , kebetulan dekat je dgn rumah aku.
Husband call, alhamdullilah....Ustaz tu setuju untuk dtg umah....tp yg dtg ni pembantu dia.
Lepas magrib, hb aku g amik dia, trus bwk ke umah.

Sesi rawatan dijalankan.
Berkumandang ustaz tu membaca ayat2 tertentu dr al-quran.
Dalam lebih kurang 1 jam, rawatan berakhir.
Tiba2 ustaz tnya pada bibik "kamu solat?"
Sepatah jawapan dari bibik "enggak".

Terkedu aku dgr jawapan bibik. seingat aku, mmg aku pesan pada dia utk solat.
Aku rasa malu pada ustaz, silap aku tak mengingatkan bibik.
Tapi masa awal2 bibik dtg dulu, aku mmg nampak dia solat....specially subuh.
Tapi aku xde la nak monitor.....bersalah pulak rasanya, malu pun ada.

Ustaz bagi ulasan pada kami,
"rumah ni rasanya takde apa2, klau ada pun yg biasa. ada makhluk tuhan yg lain yg tggl sama. tp saya dah keluarkan. dan saya dah 'pagarkan' rumah ni.
cuma, apa yg ada pada bibik...saya kurang pasti. itu yg menyebabkan dia sakit kepala.
nanti tanya2 la pada dia...klau2 ada apa2 amalan dia atau kepunyaan keturunan dia. Dan satu lg, solat jgn tinggal"

Aku jamukan tetamu malam ku ni sekadar yg ada.
Berpeluh2 jugak ustaz tu tadi....alhamdullilah, dia setuju nak menolong.
Ustaz ada jgak bertanya pd bibik ada tak dia bermimpi yg berkenaan air spt kolam, laut, sungai, hujan.
Bibik kata takde, cuma.....sepanjang dia tinggal dgn aku ni tak pernah setiap malam dia tidak bermimpi berjumpa org yg dah mati.
Huh??....bibik x penah citer kat aku pun...ternganga jap aku.
Dalam mimpi nya tu, dia akan jumpa org yang dia kenali di indon, tp semuanya dah mati.
Salah seorang darinya ialah ayahnya sendiri.....dalam mimpi tu, ayah nya pernah berckp supaya bibik sekiranya dah balik ke indon nanti, jgn dtg lagi ke sini, nanti bibik akan terus sakit.

Adusss...haru sudah.

Sementara menunggu hb anta ustaz tu balik, aku ajak bibik bersembang pasal sakit dia semalam.
"Bibik, lepas ustaz tu ubatkan, sakit lagi ke kepalanya"
"udah kak, lega sekali....hilang terus sakit nya. klau akak tak pnggil ustaz utk ubatin sy, mati rasanya"
"ishhh bibik ni, tak kan le sakit kepala boleh mati"

Bibik senyum aje, tp aku lom puas hati bertanya.
"Brape hari dah bibik sakit kepala"
"sejak duduk sini....sakit aja kak. klau siang nya, kakak tiada, sakit terus.
setiap hari jumaat, kepalanya terus pusing, hati nya enggak tenang kak, sakit macam di belah2.
jumaat yg lepas, jam 1 gitu.....saya duduk di tepi tingkap, kepala terus sakit macam di rontok2 otak nya, saya rasa mau bunuh diri. tp bila nampak ke dedek (anak aku), terus saya istighfar. langsung ingat anaknya di indon, klau saya mati...kasihan anak2 di sana, sapa yg mahu urus"

Aku mmg terkejut gile, bila bibik cakap dia smpai terfikir nak bunuh diri.
kenapa smpai nak bunuh diri.
Menurut bibik, hati dia tak tenang, runsing je...sekejap rasa nak marah, sekejap sedih, kecewa dan macam2 lg jenis perasaan.
Dan dia ada gak ckp.....rasa seperti nak gila, kdg2 tanpa dia sedar...dia gelak sorang2, bercakap sorang2...dia pun tak tau kenapa jd gitu.
Bende tu jd sejak 2 minggu kebelakangan ni.
Risau nya hati aku, dah la anak2 aku dia yg jaga sepanjang aku g keje.
Kalau jadi apa2, kan susah.
Tapi aku pelik...apa yg mengganggu bibik ni.
Ada 'bende' ke kat umah aku ni...or 'bende' dr tmpat dia.

Aku pesan kat bibik....solat jgn tinggal.
Kalau ada rasa apa2, cepat2 amik wuduk...baca apa2 yg patut.
Aku buntu sbb aku tak tau apa bendenya yg mengganggu dia.
Kesian kat bibik....dia sakit rupanya selama ni. Aku nasihatkan dia supaya cerita segala masalah kat aku. anggap aku ni keluarga dia...dia malu dgn aku, dia kata dia tu menyusahkan aku.
Aku x pernah rasa dia menyusahkan aku, dia byk membantu aku...aku byk terhutang budi dgn dia. Duit gaji yg aku bagi setiap bulan tu , bagi aku hanya sesuatu yg aku perlu buat shj.
Tetapi nilai kepercayaan aku dan rasa amanah dia la yg tidak boleh dinilai dgn duit.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

13 July 2009

Kat opis, aku kongsikan cerita ini pada seorang kawan.
alhamdullilah...masih ada jalan utk aku bantu bibik.
Aku dibawa kawan aku berjumpa dgn seorg yg berpangkat dekan.
Menurut kwn aku, dekan ni 'pandai' jugak dlm hal2 mcm ni.
Aku malu sebenarnya, sbb aku tak kenal pun dekan tu, tp sebab niat mmg nak tolong bibik, aku pergi jugak la.

Aku ceritakan semua masalah aku pada dekan yg aku pnggil ustaz tu.
Setelah 'ditengokkan', ustaz tu ckp....
kat rumah aku mmg ada 'sesuatu', tetapi yg biasa je. boleh dialihkan. dan ianya boleh dtg & pergi..sama seperti kata ustaz yg pertama aku jumpa sebelum ni.
pasal bibik, agak berat....mmg ada yg mengganggu dia...mungkin dari tempat dia.
tapi ustaz tak pasti, samada 'bende' tu mengikut bibik, atau ada yg hantar, atau amalannya.
Ustaz bekalkan aku air utk menenangkan hati bibik. Menurut ustaz, bila hati x tenang, syaitan senang mengganggu, sbb tu dia terfikir benda yg tak elok & termimpi yg pelik2.

Sampai di rumah, aku terus bagi air tu kat bibik & terangkan cara kegunaannya.
"bibik, hari ni ada rasa sakit lagi tak"
"ada rasa dikit di kepala sebelah belakang. Dan tadi perasaan nya bagai di ganggu lagi kak, terus saya ambik wuduk dan baca yassin"
"ooo...ada rasa lagi ye, ok xpe...bibik terus je ambil wuduk klau ada rasa apa2 ye. solat nya jaga ye. ayat2 amalan yg ustaz bagi dulu tu terus amalkan"

Aku risau sebenarnya. aku rasa macam ada org yg niat tak baik dgn bibik.
Aku perlu dapatkan info lg byk dari bibik ni. minta dia cerita apa lg yg aku tak tau, then senang aku nak bantu dia.
"bibik, masa dtg ke sini..suami bibik izinkan tak?"
"masa mau ke sini, saya kurang sihat...demam, langsung muntah2, suaminya yg hantar sampai ke bandung....suaminya udah marah2, bilangnya...tiket udah di beli, mesti pergi juga. suami nya izinkan kak, tp separuh2, bilangnya takut nanti di sini mati. Ramai tetangga yg kerja jd pembantu di China, tapi pulang nya mati"

cukup setakat ini info yg aku dpt....nak suruh org bercerita ni susah jugak.
Nak suruh dia menceritakan sejarah kehidupan dia....kena ambik masa jugak.
Takpe...esok aku usahakan lagi...ini semua aku buat untuk kebaikan dia jugak,
Semoga allah memudahkan urusan aku untuk membantu dia.

------------------------------------------------------------------------------------------------

14 July 2009

Hari ni husband call agensi, tempat aku ambik bibik dulu.
Nak minta pendapat dia pasal kes bibik ni, maybe dia ada pandangan yg lain.
Hj.Radzi, empunye agensi tu....minta kitaorang hantarkan bibik ke rumahnya hujung minggu, maybe seminggu disana.
Dia boleh bantu katanya. Alhamdullilah...masih ada jalan.

Dah jadi rutin aku sejak dapat tau masalah bibik ni, aku akan tanya perkhabaran dia setiap hari.
"bibik, hari ni ada rasa apa2 tak?"
"pagi tadi, masa duduk2 dgn dedek (fiqry), tiba2 aja jantungnya berdegup pantas kak, bagai kuda yg berlari, rasa mau copot jantungnya. sakitttttt....ada dlm 5 minit. kalau lama lagi, saya mau menelefon kakak aja"
"brape kali jadi macam tu kat bibik"
"sekali aja kak, selepas saya minum air yg kakak bagi tu....air yg dari ustaz tu, terus berdegup jantungnya, kalau lama begitu...bikin mati kak, kuat berdegupnya"

Risaunya aku, takut jadi sesuatu kat bibik.
Hati aku kuat mengatakan ada yg berniat tak baik pada bibik.
Kalau tidak, masakan kejadian2 aneh ni boleh berlaku.
Aku jd geram pulak, semakin semangat aku nak bantu bibik.
'Bende' tu seperti berperang selepas aku usahakan utk ubatkan bibik.
Aku pesan kat bibik, "teruskan melawan dgn baca ayat2 dan surah2 yg ustaz tu bagi, kuatkan semangat....klau semangat lemah, syaitan senang nak pengaruhi diri kita. Ingat anak2, bibik dtg sini nak cari duit utk sekolahkan mereka, bibik mesti kuat semangat, jgn dgr bisikan syaitan.
Saya akan bantu bibik setakat yg saya mampu."

Alhamdullilah, bibik nak jugak mendengar nasihat aku.
Dan dia pun setuju, seperti ada yg berniat jahat dgn dia.
Aku perlu dptkan lagi info, "bibik, pernah tak rasa mcm ni kalau di indon"
"enggak kak, perasaan nya lain bila disini....sakit selalu."
"bibik ada gaduh2 ke masa di indon, atau ada yg sakit hati ke sesama jiran"
"enggak kak, keluarga kami tidak pernah bermusuhan dgn sesiapa, kami berjualan dgn jujur. tetapi enggak tau kenapa org lain selalu membuat kami. kalau jualan kami dibeli oleh org lain, nanti yg berjualan disebelah kami terus menyakiti kami dgn dihantar 'bende' sebegini"

Aku rasa dapat meneka kenapa semua ini terjadi. Tapi bibik belum mahu bercerita semuanya.
Ya Allah mudahkan urusan ku dalam membantu hamba mu ini.
AMIN.






27 April 2009

Kadangkala.....

Melayan lagu ni jap....sejak lagu ni kuar, suke benar aku nak dengar berkali2.
Kalau la otak manusia ni mcm CPU, dah lama rasa nak format je kan....




Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

24 February 2009

Kalau aku dah CONFUSE.....

Pagi Selasa yang dingin bangat.
Aku drive mcm biasa g keje.
Hujan renyai-renyai.
Kereta atas jalan, jgn cakap le...penuh + padat + sesak.

Tahap kelajuan kete aku kurang dari 50km/j.
Lebih kurang lagi 200m untuk masuk highway.
Tiba-tiba.........

"gedebushhhhhhh........"
"Arrrwwwwww.......sakitttttttttttt"
"Sakiiiiitttttttttttt..."
"Aaaargggghhhhhhhhhhhhhhhhhh......"

Aku pandang cermin kete....kiri...kanan belakang.
Bunyi apa tu.
Ada orang accident ke?
Mana?
Eh..apsal org2 keliling aku ni pandang aku.
Aku langgar orang ke?
Pandang cermin lagi....kiri..kanan..belakang.
Takde apa2 pun..aku kena berenti or terus jalan?
Camne ni...nak buat apa?
Eh apsal org pandang aku lagi...depan aku pun takde apa2, aku tak langgar org pun.
Tekan minyak sket.....eh, tekan brek plak.
Nak jalan ke tak nih.
Arghhhh...berenti la kat tepi sat....tapi jam dah pukul 7.30am ni. Pasti aku lambat lagi.

Aku pun turun.
Ada husband/wife jatuh motor rupanya.
Betul2 kat belakang kete aku td...tp aku ke penyebabnya?
Aku hampiri isterinya yg sedang merintih kesakitan. Kesian.
Eh salah aku ke huh? aku yg langgar dia ke?
Aku offer untuk hantarkan ke klinik, husbandnya mcm keberatan.
Aku tawarkan lagi daya yg aku ada, dia setuju, isterinya dipapah ke kereta aku.
Aku berpatah balik ke taman perumahan aku, sbb itu je klinik yg terdekat.
Dalam kereta, kami berbual...baru le aku tau keadaan sebenar.

diaorg tergelincir sendiri...maybe jalan licin, then maybe terlanggar kereta aku.
tp, kete belakang dah langgar kaki wife tu, tu yg dia terjerit.
oooo..patut le kete tu pun berenti.
tp bila aku offer je kakak tu ke klinik, org tu sungguh2 menyokong
"better g klinik nih!"
sambil dia berlalu tgk ketenya...dan trus drive.

kakak tu sungguh2 minta maaf kat aku kerana menyusahkan.
jawapan aku senang, hari ni hari akak, esok lusa entah2 hari saya pulak.
dalam hati, dapat aku tambah kawan hari ni - alhamdullilah.

Aku tinggalkan dia depan klinik bersama husband nyer yg menyusul dr belakang.
Dan aku perlu meneruskan perjalan ke office - meredah kesesakan semula.

21 December 2008

Happy Birthday To Eirfan

Today is Eirfan's Birthday.

3 tahun yg lepas, kelahiran nya merupakan hadiah paling berharga untuk ayah & ibu sempena menyambut 1st anniversary on 25 Disember 2005.

And this year, tiada apa yg menarik melainkan membuatkan hati si anak noty ini gembira. so that, ibu bagi chance eirfan celebrate birthday at ur taska la. sbb awk hari2 nyanyi lagu hepi besday kat umah utk diri sndiri (tak malu ni).
agaknya nak sambut ramai2 kat taska yer.

Ok sedikit lintas langsung untuk besday budak noty ini (TQ utk cikgu dia sbb tlg amik kan gamba) :


'Buah tangan dari ibu' utk member2 kamcing eirfan



Actually beli kek 1 biji jer, then tiba2 cikgu eirfan ckp kekanak ramai...ibu dia pun dushhh...g tambah 1 biji lagi. Hopefully cukup la.



tengah nyanyi2 le kot nih. ibu nye takde pun masa sesi ni, ibu nyer kan career woman...so dok kat opis la.



Menurut cikgunyer, ni la kawan baik + gaduh eirfan...ghuper pun lebih kurang



10 Eirfan's achivements:
1) Dah ada seorang adik (parent's achivement ni heheh)
2) Dah tak pakai diaper lagi
3) Dah boleh harap ambil baju/diaper/napkin fiqry bila ibu minta tolong
4) Dah pandai beralah dgn fiqry (sometimes heheh)
5) Dah pandai baca doa makan walaupun idghram nyer lari..
6) Peneman setia ibu bila ayah takde
7) Pembantu ibu untuk buru lipas yg msk umah, standby penyapu kt belakang ibu hahah.
8) Pandai jaga fiqry bila time ibu cooking2, specially bab bagi fiqry gelak.
9) Dah boleh tolerate dgn ayah, bila ayah ckp nak pergi work...klau dulu harus menangis sampai terbaring2.
10)And last skali, dah pandai nak melawa, sluar pendek dah takmo pakai yer, nak sluar pjg jer...jaga aurat anak aku nih.

17 December 2008

Aku dihambat...

Semalam, aku x masuk opis.
Attend Oracle Customer Day at Shangrila Putrajaya.
Aku cuma boleh bertahan sampai tghari jer, ngantuk giler.
Lepas lunch (best lunch dia,TQVM!), terus cabut balik umah.
Luckly aku x drive (x expert jln kat sana lagipun), so senang nak balik bile2 masa, just took ERL for rm19 (return ticket). - Better than Drive, No petrol, No Toll.

Next time macam rasa nak bawak my son to try this ERL.
Ada School Holiday Special -RM25 for 2 adult + 2 Children (Not sure valid ke Putrajaya or not).
Eirfan hari2 ckp nak naik train, maybe one day aku tunaikan hajat dia hehehe.
Sabar yer....

--------------------------------------

Ekk...apa kene mengena dgn title entry ni???
Oooo....ni kisah pagi td, time aku drive ke opis.
Meh kite kongsi cerita.

Macam2 ragam org2 di jln raya ni.
Kadang2, aku suke je tengok kerenah mereka. I learn new thing.
Tp bile kena kat batang hidung sndiri....geram lerrrrr sikit. SIKIT je :)

Kisahnya bermula....
Aku drive mcm biasa....tp pagi ni kena rush sket, sbb 9.30am ada meeting at site (Nilai).
So, maintain 120km/j kat lane paling kanan heheh.
Suddenly, dr jauh aku nampak 1 kete yg kelihatan sgt laju at the same lane.
So aku ready mencari ruang kat lane tgh utk bg laluan kat kete tu la.
tp kan....
huhuhu....kete kat lane tgh rapat2 + berderet2.
Aku pandang cermin, tgk kete td....laaa..betul2 kat blakang aku. cpat nyer sampai. superman ke apa ni?

Ok...utk tidak melambatkan dia, aku tambah kelajuan - 130km/j
Aku masih gagal mencari ruang kat lane tgh....byk pulak kete kt lane tgh ni. Aku bukan cekap sgt nak cilok2 masuk...tersondol lak kete org kang.
Dan kete td betul2 dah rapat kat blakang aku.
Driver nyer lelaki, pakai spek, baju warna hijau gelap..see betapa dia dekat dgn aku...aku bleh nmpak dia.
Aku tekan lg minyak...jeling meter...huhuhu 140km/j.
Kete start terasa ringan, tapak tangan mula berpeluh...aku takut bawak laju2.

Org tu semakin merapatkan kete dia dgn aku...
Dalam hati....org ni tak tau sabar ke.
Dia macam saje2 je nak cucuk kete aku...benci arr.
Orait la, no more choice for me...
Aku betul kan kedudukan. Adjust seat belt, pegang stereng kemas2.
Go..........
Meter mencecah 170km/j....aku dah gayat sebenarnyer, takutttt.
Tp org ni takmo kesian kat aku.
Dari jauh aku nmpak kat lane tgh ader 1 lori...depan lori kosong.
Done....berjaya msk lane tgh...
Jeling sket kat driver kete td yg tak reti nak sabar tuh...sakit benar agaknyer perut dia...

Korang tau apa driver tu buat.
Dia slow kan kete dia..seiring dgn aku.
Dia turunkan cermin...
Dia bagi aku flying kiss....siap babai lagi
Sakitttt nyer hati aku.
Sawan agak nyer org nih.

So hari ni aku mmg stress sbb dihambat org gilosss.
Pagi2 dah berpeluh2 bwk kete.
Ishhhh....benci betul.

05 December 2008

Sembang kosong...

Tengah2 aku leka surfing, tetiba teringat nak mengisi kekosongan waktu ni dgn menulis sepatah dua kata kat blog aku ni ha....

Skrang lunch time, sunyi je opis aku ni. Jumaat le katakan.
Semua org g lunch jauh2.
Selalu nyer aku join, tp hari ni mcm malas la.
Saje nak bersunyian kat opis nih.
Lagipun ari ni ramai yg dah start cuti, sbb beberapa hari je lagi nak sambut Aidiladha kan.

Pagi td masa aku on d way dtg opis pun, jln raya tak byk kete - ramai yg dh start bercuti.
Ermmm....sebut psl jalan raya, pagi td ada 1 adegan yg mengundang aku utk memberi komen.
Kebetulan pagi td aku drive dlm kadar yg cukup sentimental.
Selalu nyer, maintain 120km/j at fast lane.
Tp pagi td, nak tekan pedal minyak pun mcm malas2.

Ceritanya bermula begini...masa aku tgh Q, untuk kluar dr simpang rumah aku,
tak aku biarkan masa berlalu tanpa pengisian.
Mata aku merayau2 sambil melihat suasana keliling, tgk kete2 org, tgk driver cun/handsome ke tak, tgk couple yg share kete g keje....mcm2 senario la kiranya.
Tiba2....mata aku di ajak utk melihat 1 adegan yg aku rasa menyampah.
Sebijik Honda Civic + Honda City...membuat onar.
Tau le keta korang mahal2, tp korang janganlah dgn angkuh & hidung tinggi, selamba siput g potong Q.
Mula2 si Civic dgn laju memecut...potong Q, dok kat depan skali.
Mulut aku baru nak berkata sesuatu, tp tak sempat...sebijik lg kete buat onar.
Si City plak....berdesuppp....ke depan.

Ewahhhh.....kitaorg yg lain dok sini buat apa ekk. Tunggu bas ker??
Ello brade, org lain pun nk g keje.
Takde nye kitaorg suke2 nak Q pjg2 kat sini, baik Q atas katil pepagi sejuk camni.
Bertimbang rasa la sket.

Tau le kete korang tu Honda Vtec, setakat nk potong Q tu...macam makan kuaci jer gamak nyer.
Jangan le angkuh sgt....kot ko bertembung dgn lori kat depan tu..kan dah susah.
Korang dah buat accident plak kat depan tu.
Kitaorg ni jgak yg nak kene tggu lagi.
Kitaorg ni jgak yg nk kene tepon bomba, polis, ambulan (kot ader yg cedera).
Kitaorg ni jugak yg akan sampai lambat kat opis.
Sebab siapa?
Sebab korang la.
Orang2 mcm korang ni baik jgn guna jalan raya, guna jalan laut.
Laut tu luas...byk choice, potong le Q byk mana pun...bleh je.
Cuba tanamkan sifat sabar sket....korang makan biawak ke mlm td..smpai perangai jd gini.

Entah la, dari adegan tu, tetiba aku terpk...agak nya mcm ni kot ragam manusia ketika kaya/ senang/ berpangkat / berharta.
Aku yakin, tak semua mcm tu.
Tp disebabkan segelintir manusia yg bagai tiada tamadun ni membuat onar,
habis semua terpalit sama.
Semoga aku di jauhkan dari sifat2 sebegini + org sebegini.

Bila plak aku nak kaya?
Kaya tu byk definasinye Puan Nurul.
Kaya harta, kaya budi, kaya ilmu, kaya kayap, kaya cap Nona (sedap mkn dgn roti ni) dan macam2 lagi.
Jangan sempitkan pemikiran dgn satu pandangan jer.
Luas2kan...

Eh apa aku merepek dah ni.
Tu la, dok sorang2 ni memang cepat melalut.
Orait la, gua mau p pray2.
Doa dgn tuhan...bagi kat gua segala mcm jenis KAYA huhuhu.
Sehingga ketemu lagi....Selamat beramal!!!

21 November 2008

Malang yang berbau....

Biasanya org ckp, "Malang tak berbau".
Tapi....
Malang yang menimpa aku pagi ni memang dah berbau.
Bau dia mmg cukup ketara...betul2 depan idung ni ha.

Mcm biasa, rutin setiap pagi..anta anak2 ke nursery.
Lps dah salam + muahh2 bagai dgn husband pg td...terus masuk keta & bergegas ke nursery bebudak ni.
Jeling sket kat palang minyak tu....palang tu mmg betul2 atas line merah.
Maksudnya, mmg nak kena isi la tu.

Tapi level confident yg tinggi, aku buat tak tau je.
Kalau nak buat tahu pun, mmg kena gerak kan keta smpai stesen minyak jugak kan.
So no choice.

Sebaik je aku tggalkan anak2 aku, kete start tersenguk2.
Nak call husband, amik phone...ya allah, lupa pulak credit dah abis.
Aku guna prepaid ye kawan2, aku tak guna line. Klau guna line...harus bill aku 1K sebulan kot. Aku adalah pemain sms tegar.

Aku patah balik ke rumah, sbb blom kluar lg dr kawasan perumahan.
Dengan harapan, hb aku masih blom pegi keje.
Sebelum sampai rumah...kete aku dah 2-3 kali tersenguk2...suspen jugak.
Sampai je kat umah, alhamdullilah...hb ader lg.
Aku story mory kat dia, then dia kata....bwk slow2. Dia follow dr belakang.
Sbb kat umah pun mmg xde minyak spare. Selalu nyer mmg letak le sebotol kat umah.

Aku drive mmg dlm kadar yg cukup perlahan, kura2 klau nmpak pun..mesti sengih kat aku ni.
Nak jimatkan minyak le katakan.
Tgh syok2 drive kete dgn romantik nyer, aku jeling sket cermin blakang.
Eh...mana laki aku. td kata nak follow.
Adusss...gelabah dah ni. Kang kot berenti tgh2 jalan ni camne??
Takpe le...harap2 sempat sampai stesen minyak.

Start kluar dari kawasan perumahan aku.
Hati berdebar2, byk kete + motor dah 'HON' aku, sbb drive slow sgt.
Pepaham le org2 bandar nih, bwk perlahan di jalan raya memang satu kesalahan yg BESAR. Sbb kdg2 aku pun marah jugak dgn org yg bwk perlahan sgt....heheheheh
Tapi hari ni aku di marah oleh org lain....TENSI!!!!
Aku hidupkan lampu hazard....amik korang!!
Hari ini minyak kete aku nak abis ye ...HARAP MAKLUM!!!

Yahoo...aku dah nampak stesen minyak....dah start senyum.
Lps lampu isyarat ni nanti, penyeksaan aku terlerai. Stesen minyak kat depan tu je.
Lampu hijau....zooommm....aku tekan minyak.
Gerkk...gerkkk...gerkkk...kete aku dah mati enjin.
Adusss...aku try start. Tak bleh hidup jugak.
Peluh2 ni, kete dah dok kat tgh2 jalan, org dah hon2....sbb lps lampu hijau, mana ada org bwk slow.
Aku takutttt..jeling2 blakang...mana laki aku nih. I wish u here RIGHT NOW!!
Baru abis minyak aku dah takut....lagi le kalau kete rosak.
Arghhh...aku x leh dok kat sini jer...kena buat sesuatu.
Turun keta, kunci, then terus menapak ke stesen minyak. (Tak jauh pun dlm 500m, peluh gak la)
Sampai stesen minyak...apa aku nk buat kat sini. Bukan nyer ader botol nak amik minyak....BUNTU.
Ok..idea dtg...aku g kat mamat baju kuning yg ader lambang SHELL.
"Encik, boleh tolong tak. Keta saya abis minyak, ada kat sana tu, Boleh tlg tolak"

Alhamdullillah...masih ada insan berhati mulia yg nak tlg aku.
Maka pekerja2 SHELL itu telah bersetuju nak tlg tolak kete.
Malu sebenarnyer ni....
Di pendekkan citer yg pjg ini, sampai la kete aku di stesen minyak.
Tengah2 aku nak say thank you kat mamat2 tu, nampak laki aku dgn kapcai nyer.

"Eh...kete mati ke, mati kat mana?? Ayah patah balik umah td, wallet tertinggal"

Cepat sungguh sang suami memberikan penjelasan tanpa di tanya.
Aku merasakan tidak salah untuk aku memasamkan muka aku ni kan.
Tapi disebabkan yang bertanya itu adalah seorang 'SUAMI', maka ku limitkan level kemarahan ku ini.
Jangan marah...nanti dapat dosa free pagi2 buta ni. Dah le pagi Jumaat kan.

Aku Exit Tol Rawang pukul 8.00am.
Dan aku sampai kat opis pukul 8.30am.
Brape laju aku drive...tidak lah dpt aku bayangkan.
Alhamdullilah, selamat sampai.
Moral of the story : Dah tau minyak nak abis, lain kali isi dulu.
Ini la nama nyer, malang yg berbau.

Itulah kisah aku di pagi Jumaat yang mulia ini.

19 November 2008

Jadi auntie lagi...

Tahniah untuk seorang kawan aku yg bernama ISREDZA RAHMI.
Entry khas untuk dia nih....

Semalam, time aku cun2 nak landing kan kepala kat bantal, dapat sms..tut..tut..
Sekali buka...yuhuuu...berita baik rupernyer.
Aku jadi auntie untuk kesekian kali lagi.
Is dah selamat bersalin, baby boy dgn berat 2.75kg.
Tapi yg kesian nyer dia kena ceaser. Apsal eh??
Baby kecik jerr...
Nanti la...1-2 minggu lagi, aku call tanya kabar.
Nak tanya sekarang ni, mesti tgh sakit2 lagi.

Semalam juga...aku baru je chating kat ym dgn dia.
Dia mmg ader ckp sakit2 perut...asyik g toilet.
Aku ingat dia mmg sakit perut nak 'membuang'.
Aku gelak kan je la dia...heheheh..sorry ekk. (Ko mmg sakit contraction ke masa tu??)
Apsal ko tak citer detail kesakitan perut ko tuh....aku pun lupa nak tanya.

Anyway, to Is
Tahniah....selamat dah ko jadi seorang ibu setelah sekian lama menunggu.
Kalau dulu ader rezeki ko, mesti anak sulung ko sebaya anak sulung aku.
Tapi takpe, kali ni...anak ko sebaya dgn anak aku yng 2nd tu.
'Timing' kite mmg selalu sama....heheheh..sebab kite lahir bulan yg sama.
So anak2 kite lahir pun pada tahun yg sama...boleh gitu.

Ok la..semoga menjadi seorang ibu/mama/mummy/emak yang baik kpd anak ko yg kluar ikut 'tingkap' tu. Noty dia yer....jalan 'kampung' dia tak mau eh, jalan 'highway' jugak yg dia pilih....errmmm....macam2

12 November 2008

Celcom Broadband

I’ve called Celcom Customer service just now.
My objective is the one and only - to terminate my celcom broadband
(benci nak sebut).
But....end up...aku kalah dalam perbalahan itu. Benci arrr.

I was told by customer service that I need to pay for RM300++ for penalty charge coz to terminate this package before 18 month. Habis tu dah tak leh nak guna, buat apa nak stay kan. Plus, aku kena bayar jugak monthly charges, yg service nyer aku tak boleh guna. Wakkkk luuuuu.....

Customer service :
Cik Nurul, (dia panggil aku cik, suke!!), cik boleh terminate, tetapi cik kena bayar RM300++ (aku x dgr sgt berapa amount nyer, mls nk dgr) , sbb dlm syarat di system kami sekiranya terminate sebelum 18 bulan, cik dikenakan penalty.

Aku :
Penalty?? Kenapa saya kena penalty, padahal saya tak dpt guna ur service. Then sy nk kena byr lg outstanding. Boleh u tlg kirakan, brape semua nyer saya kena byr without using ur services??
(Yesssss...i agreed with the term & condition before i signed up with celcom, that aku kena berpegang teguh dgn celcom selama 18 bln, klau tak aku penalty....BUT...kalau ur services tip top lain cerita la kan.)

Customer service :
Semuanya RM500++ Cik Nurul.

Aku :
Macamana ni?? (Aku lembut2 kan nada suara aku, minta simpati le konon) Saya tak guna, then kena bayar. Apa yg awak boleh buat untuk saya as ur customer. Saya dalam masalah ni. Apa tindakan u sebagai customer service.

Dia bergegas ke mana ntah le, dia mintak aku tggu. Lama gak, dlm 5 minit aku kena hold my phone, penat tgn.
Maybe jumpa Manager dia kot.

After a few minutes, dia ckp....aku still kena byr semua tu. Then aku ckp, aku xmo byr, maybe aku kena buat report. Boleh lak dia tanya aku, Cik Nurul nak buat report kat mana tu. hahahah...nk gelak aku. Aku acah je tu nak buat report. Tp kalau terdesak...harus ku report ke tribunal.
Dia mintak aku tggu lg.......

Lastly, dia mintak aku pergi branch, utk details kan this problem. ishhhh.....kalau nak g branch, x yah le ader customer service thru phone mcm ni. Kecoh la lu mamat...bonci den.

So this coming Saturday, aku kena g buat lawatan ke branch dia lah pulak. Tapi hati aku yakin mengatakan, mmg aku kena bayar semua amount yg karut marut tu.
Kawan-kawan....marilah doakan aku berjaya dalam perbalahan yg bakal berlangsung ujung minggu nih.
RM500++ tu, klau g makan...memang kenyang smpai pengsan tuh. hahahah
Sakit hati sebenarnya.....sian hati aku di sakitkan oleh CELCOM BROADBAND.