Showing posts with label Aku bermonolog. Show all posts
Showing posts with label Aku bermonolog. Show all posts

25 August 2011

Hari ni jerr.......

Bangun awal ari ni, 4.30 pagi dah siap mandi. Apakah??
NO.....NO....jgn fikir jauh sgt, sebabnya...."ari ni je keje, esok cuti dah"......so dia punyer semangat lain macam.
sian company ada staff mcm ni.
opsss.....ari ni hapday je...lagi seronok beb!!

on d way g keje, lagu raya bertalu-talu kuar. bukan takat mulut ikut rentak lagu. kaki, tangan badan...semua goyang!!!
dalam kepala..."ari ni je keje, esok cuti dah"...

masuk opis....bukak email.....
alaaa...ada 2-3 email keje..ada request baru lagi (abis ko igt dtg keje nak tido)
set lagi dalam kepala..."ari ni je keje, esok cuti dah"...

uisshhhh...lain mcm penangan seronok nak sambut raya taun ni.
apsal? kalah budak2 dah ni.
ooooo....iyer, saya berpuasa penuh tahun ni yer.
harap maklum!!

13 February 2010

Jengah semula....

Baru terasa nak menjengah semula ke sini.
Lamaaaaaa sgt dah di tinggalkan, tahun pun dah bertukar.
Mujur je tak expired.

So, Selamat Tahun Baru 2010. Masih belum terlambat.
2009 di tinggalkan dgn penuh sejarah tersendiri.
2010 dilalui dgn penuh harapan & impian.

Sebagai anak,
Sentiasa sematkan niat utk membalas segala jasa emak & ayah, namun kerapkali terbatas dgn tanggungjawab sebagai isteri yg perlu di dahulukan.

Sebagai Isteri,
Mengharapkan terus dibimbing ketika terleka, sentiasa kuat & sabar kiranya badai rumahtangga bertandang. Berdoa agar untuk kekal hingga ke syurga. Amin.

Sebagai Ibu,
Tanggungjawab yg maha berat untuk di galas. Silap percaturan, terumbang ambing nasib si anak. Masih terus mencari & berusaha memberi yang terbaik untuk anak2. Namun saban kali juga tersungkur dek kerenah si anak. Namun, tak pernah putus harapan utk terus diberi kesabaran & kekuatan dlm mendidik amanah Allah yang satu ini.

Sebagai teman,
Mengekalkan apa yang sedia ada & sentiasa berharap ianya tidak akan pudar sampai bila2.
Aku ada di sini andai kau perlukan.

Sebagai hamba Allah,
Sentiasa merasa kerdil & lemah, masih belum cukup bekalan untuk ke SANA.


17 September 2009

Jom Raya!!!

Dah menghampiri penghujung Ramadhan, so kepada semua rakan2, ucapan Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga la ye. Ampun maaf di pinta.

Yang mana dapat beraya di kampung, selamat pulang , hati2 di jalan raya.
Yang tak dapat pulang ke kampung, jangan sedih ye. Tahun depan balik awal sebulan ok (balas dendam) --> special utk faei.

Niat kat hati ni memang le nak menaip sebyk mungkin. Cemburu tgk semua org update blog, aku dpt jengah2 baca je.
Kali ni aku tak tipu...serius bz tahap gaban.
Ada yang berkata, "setiap org di beri 24 jam sehari, masihkah kamu tak cukup"
Aku lah org yg merasakan 24 jam sehari itu tidak cukup. Tamak kah itu.

Sesape yg mengerti ke'bz'an aku ni, sedia maklumlah.
Sesape yg tidak mengetahui, andai kamu2 memberi simpati pun...sudah cukup ku hargai huhuhuh.

Orait geng, ada masa kite celoteh lagi ye.
Aku memang dihambat waktu, berani betul waktu ni menghambat aku....ingat aku heran ke kene hambat2 ni. Tapi kali ni memang aku heran heheheh...
Ok...tata.

16 July 2009

Bibik vs Auntie

Imbasan semula sekitar pertengah Mei 2009

Ibu : Eirfan, ni bibik...nanti klau time ibu & ayah pergi work, along dok dgn bibik yer.
Eirfan : Bibik??...apa tu??....ni bukan bibik la ibu, ni auntie.
Ibu : OK, auntie pun boleh. Bibik tu maksud dia auntie la.
Eirfan : Tak nak!!!...along nak panggil auntie jugak.
Ibu : OK. No problem.

Haaaa...macam tu la segala nyer bermula. Sejak bibik duduk sini, anak aku yg sulung tu mmg panggil 'auntie' kat bibik. Bibik aku ni agak pelembut org nya. Dia pun ada citer, tak pernah marah anak2 dia..kasihan (kesian) katanya. Dan kadang2 bila aku marah2 kat anak aku....dia ckp, udah la kak, kasihan.....kecil lagi.
Aku lak yg malu sendiri heheheh.....
Ada jugak sesuatu kebaikan yg aku boleh belajar dr dia.

Tapi...lain pulak kisah nya dgn si Eirfan, suke sgt la nak membuli auntie nyer tu.
Mentang2 org tu tak byk cakap..diam je, lagi galak dia membuli.
Kadang2, Eirfan tarik rambut bibik, naik atas belakang badan, suruh amik itu ini, marah auntie klau tak ikut ckp dia.
Sampai satu ketika, bibik aku ngadu kat akak ipar aku, mintak tolong ckpkan dgn aku psl perangai si Eirfan la.

Haru la anak bujang aku yg sorang ni.
Aku tak pernah ajar dia utk bezakan antara bibik dgn kitaorg semua.
Dari mana la dia tau yg bibik tu as a maid, aku pun tak pasti.
Apa yg aku boleh buat, hari2 sebelum g keje...aku pesan berbakul2 kat eirfan, jgn buat auntie, dgr ckp auntie, jgn marah2 auntie, nak apa2 ckp elok2...lepas main mainan mesti kemas sendiri.Kalau ibu & ayah xde, along mesti jaga baby.

Perkara yg sama jugak aku buat tiap kali sebelum Eirfan tido, time dia lalok2 tu, aku bisikkan kat telinga dia.
Nampak nya, alhamdullilah..menjadi jugak.
Pada bibik, aku pesan supaya tak ambik hati dgn apa yg Eirfan buat atau cakap.
Aku minta dia supaya menjaga anak aku seperti anaknya sendiri.
Maybe bibik ni orang nye pelembut, anak bujang aku lak agak agresif, kejutan budaya la si bibik aku tu.hehehhe...kesian dia.
But now, nampak mcm ok..cuma kadang2, ada jugak aku dgr eirfan meninggi suara pada bibik.
Cepat2 aku bagi 'warning letter', slow la sekejap tune suaranya.
Tapi budak2 ni, nak kena selalu diingat kan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ni, aku takde apa2 masalah dgn my maid.Aku dah cuba belajar mengurangkan tahap kecerewetan aku.
Maid aku ni pun rajin, keje takyah bersuruh.
Even keje dah takde pun, dia still tak duduk berehat.Ada je bende yg dibuatnya.
So aku pun biarkan je la apa yg dia nak buat.

Tapi aku ada sedikit masalah yg maybe boleh di panggil dilema.
Sejak aku ambik maid ni, terlalu byk aku terima pandangan negatif dari segolongan individu, kebanyakannya dari saudara mara.
Kadang2, sbb terlalu byk sgt input negatif...aku bertanya pd diri sendiri,
"salah ke aku amik maid ni?"
"silap ke tindakan aku"

Ini antara lontaran kata2 yg aku terima dari segolongan individu tersebut.
Sebelah husband :
adegan ketika sambil2 tgk tv
"eeeeeeeee.....takde le akak nak amik maid, si polan tu hari tu amik maid,last2 maid tu tinggalkan anaknya terkurung kat umah.Maidnya lari ikut boypren"

adegan ketika makan2,
"akak bukan nak takut kan ko nurul, ada jiran akak tu, maid dia bercinta dgn laki sendiri.skrang ni, jiran akak tu tak tau nak buat apa, lakinya dah tergila2 kan maid dia.padan muka dia, nak sgt amik maid, ni la jadinya"

adegan ketika 2 individu bergabung tenaga mencurah pendapat,
"kita sebagai mak ayah ni, anak2 tu tanggungjwb kita. jgn esok anak2 tak kenal mak ayah.nak amik maid tu pun, fikir2 lah dulu. byk buruk dr baiknya.anak org kampung sana tu, meninggal masa maid jaga.sampai skrang mak ayahnya menyesal tak sudah"

Sebelah keluarga sendiri:
Adegan sesekali berjumpa:
"ko boleh la amik maid, laki bini berkeje. byk duit!!. kalau aku, lagi puas hati jaga anak sendiri"

"camne le ko bleh terpk nak amik maid, boleh caya ke maid ko tu, kot nyer di bwk lari anak ko"

Semua pandangan yg dilontarkan, aku hadapi berseorangan dengan diam & senyum.
Sesekali aku anggukan kepala. Apa lg yg boleh aku buat.
Aku tak salahkan mereka yg memberi pendapat.
Kisah2 yg mereka hamburkan, bukan nyer cerita palsu.
Mereka bagus kerana sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Dan aku jugak selalu terbaca cerita2 tersebut. Tiada yang salah dalam apa yg mereka katakan.

Tapi sebelum keputusan yg aku buat utk amik maid ni, mcm2 yg dah berlegar dalam kepala.
Berbagai org aku bertanya utk dptkan pendapat.
Bermacam tempat aku rujuk utk mencari info.
Dan akhirnya aku pasrah......ini bukan kuasa aku.

Jawapan aku pada mereka yg melontarkan pandangan sedemikian :
"bila sesuatu yg melibatkan sikap manusia, tingkah manusia, hati & perasaan manusia.....aku dah tak mampu utk melakukan apa2. aku pulangkan pada yg kuasa.
Agama mengajar kita apabila melakukan sesuatu perkara, usaha, doa & tawakal adalah caranya."

Aku hanya mampu berdoa & tawakal, aku tak tau apa usaha yg perlu aku lakukan.
Maybe la, mencari info tentang bangsa apa yg bagus utk dijadikan maid, boleh dianggap usaha aku. Aku ada jgak baca tentang adat resam mereka, supaya tak terjadi perselisihan faham.
Itu je yg aku mampu lakukan. Selebihnya, aku serahkan pada yg kuasa.

Andai aku dihimpit dgn bala yg tak aku jangka. Aku tekadkan dalam hati, mungkin ini ujian dari-NYA. Dia maha mengetahui apa yg mampu aku lalui.
Kalau aku berterusan dgn andaian negatif...aku tak kan kemana2.
Tak semua manusia jahat, masih ada yg berhati perut.
Prinsip aku, sekali aku dah melangkah...segalanya aku akan tempuh.
Dan doa aku...semoga aku kuat utk mengharungi semuanya, segalanya.
Ini merupakan pengalaman kehidupan, tak seharus semuanya indah kan!!

Aku akhiri salah satu sesi perbualan diatas dgn sedikit pandangan aku.
Dengan sedikit ilmu yg aku ada, aku berniat baik utk membuka sedikit minda mereka agar berikan ruang positif dlm diri.
Aku jangkakan akan menerima sesi perdebatan hebat, tetapi.....
"akak memang dah lama plan nak amik maid, makin susah bila bdk2 dah start sekolah, tak cukup tgn rasanya. Tapi husband akak tak bagi"

Aku diam sekejap....dgn rasa rendah diri, aku bg pandangan aku,
"akak berbincanglah dgn husband elok2, kalau akak rasa ianya merupakan satu keperluan, mesti ada cara yang terbaik"

Aku tinggalkan mereka untuk meneruskan kehidupan aku yang seterusnya.

15 July 2009

Cerita yang kelewatan

Antara alasan yang biasa di dengar bile jarang update blog ialah : sibuk...xde masa...tak sempat.
Tu aku punyer alasan la, org lain maybe lain pulak bunyi nyer.
So tak kisah la....hari ni aku ada kesempatan...n nak mula menceceh la ni...
Jomm.....


6 Julai 2009
Hari ni genap umur Fiqry, anak aku yg kedua berumur 1 tahun. Alhamdullilah.
Takde apa2 istimewa yang aku sediakan untuk meraikan birthday dia yg pertama ni, kesian anak ibu kan. Ibu sgtttt sibuk la sayang, nak amik cuti pun nak fikir 2-3 kali. Alasan biasa la ni.
Tapi, ibu bersusah2 ni pun untuk anak2 ibu jugak.

Aku cuma sempat beli kek sebijik, masa on d way balik dr opis.
Then sampai rumah, kita celebrate sama2....along yang lebih2 kan. Biasa la eirfan..."Aku kan abang".
Tapi ayah dah do something for you : bukakan akaun Tabung Haji sempena mengambil date birthday Fiqry yg pertama. Itu lagi baguskan, lagi besar maknanya.

Semoga anak ibu terus membesar dgn sihat. Cepat2 belajar jalan ye...nanti raya tahun ni boleh pakai baju melayu.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Masuk bulan July ni dekat 3 bulan Bibik duduk dgn aku.
Alhamdullilah....ringan sket keje-keje rumah.
So far bibik aku ni nampak ok la...aku pun takde le berani nak kata dia 100% orait.
Kot2 esok dia buat perangai.....macam2 pulak kan.

Tapi apa yg aku suke dgn bibik aku ni, dia seorang yg 'fast learner'.
Apa2 yg aku tunjuk ajar, esok2 nya terus expert.
Sometime aku kagum gak...dalam hati ada gak terdetik, dia ni kalau dapat didikan yg bagus maybe bukan ini kerjaya dia...heheheh

Part memasak, dia mmg awal2 dia dah cakap tak tau. Aku pun tak kisah.
Sebab niat aku ambik dia keje dulu pun just hanya membantu aku.
So, rutin nya....pukul 5 pagi aku bangun, masak untuk lunch anak2. Then tinggalkan je, nanti bibik tolong kemaskan. Kiranya 1 objektif aku tercapai.

Balik keje, capai segala peralatan memasak. Prepare utk dinner pulak. Settle masak, tgglkan. Nanti bibik kemas. Aku dah boleh bergolek2 + bergurau senda dengan anak2 aku. Lagi 1 objektif tercapai. Alhamdullilah.
Dia memang seorang pembantu yg bagus.
Aku sgt berterima kasih & terhutang budi dgn bibik.

Mula-mula dia sampai kat umah aku. Aku luahkan segala yg terbuku di hati.
Segala kerisauan aku.
Segala harapan aku.
Rupa2nya, kami mempunyai kerisauan dan harapan yg sama.

Dia dtg untuk mencari duit utk sekolahkan anak2 nya.
Katanya, anak2 nyer cerdik tp disebabkan dihimpit kemiskinan, byk yuran sekolah tertangguh.
Katanya lagi, dia sgt takut bila dgr citer kebykan maid di dera.
Sebelum smpai ke sini, dia buat solat hajat utk dpt majikan yg elok. dan selebihnya dia tawakal.

Di akhir perbualan kami, aku hanya mampu cakap....
"kalau bibik jaga anak2 saya dgn baik, jaga rumah saya dgn baik, insya allah, tuhan mudahkan urusan bibik. Dan insya allah saya jugak akan tolong membantu untuk sekolah kan anak bibik. Kita sama2 tolong -menolong, kita sama2 berkorban untuk anak2 kita"

Kami bersetuju untuk saling tolong-menolong.
Aku harap, perkara ini berlanjutan.
Semoga Allah permudahkan urusan kami di dunia ini.

21 June 2009

Berkemas.....

Nak berkemas ke mana pulak ni??
Takde g mana pun...

Actually, aku baru je 'kemas' blog ni ha. Bagi 'baju baru' sket.
Lama sangat dah rasanya tak berstory2 kat sini.
Byk perkara nak di share, tp tu la...kekangan masa.
Tapi dalam sibuk2 tu pun, sempat gak curi2 masa baca blog u all ni.
Dont worry, i tetap ikuti perkembangan u all ye.
Cuma i nak taip citer i je yg x sempat.

Malam ni rasanye mcm nak berstory mory...tp td dok leka le menukar2 baju blog ni.
Aku ni mmg le ada 1 penyakit.....'cepat jemu'
Asalkan lama sket je sesuatu bende tu dgn aku...cepat je nak ditukar or upgrade.

Kalau kat umah aku ni, asal boring je tgk sesuatu sudut tu...cepat je tgn aku ni mengalihkan brg2.
Sampaikan almari kat bilik aku tu, tersenget2 dah pintu nyer. Asyik di ubah position.
Mana tak senget pintu, aku ajak hb aku tolong tolak kan...dia malas nak layan, nak tak nak....aku tolak le sorang2 almari berat giloss tu....aku sanggupppp...asal puas mata aku memandang.

Tak cukup kat umah...kat opis pun gitu jugak. Tapi bukan le tolak almari kat opis pulak....nak kena marah dgn bahagian pentadbiran???
Kalau kat opis lak, aku kan tukang buat sistem....so aku suke le nak 'berkemas' kan sistem aku tu.
Asal rasa mcm sesuatu sistem tu dah lama je, aku mula la nak menggodak....tukar sana...tukar sini....tambah function. Kadang2 aku membebel...."apsal le user ni takde nak request tukar function system or screen or tukar process flow bagi mantop sket".
Bukan masalah user tu...tapi aku ni yg ada masalah.
Cepat sangat nak rasa jemu...pelik la.

Sampaikan kat blog ni pun, terbawak2 perangai pelik aku tuh.
Mak aku penah ckp...."agaknya kalau rumah ni boleh di pusing2, dah lama agaknya berpusing"
Hahahahha...masa tu, gelak aku lah yang paling besar.
Entah le mak...aku ni memang pelik la. Adik beradik aku takde yg sepelik aku.
Mak aku ckp...aku ni mmg disedari lain sket dari adik-beradik yg lain sejak lahir.

Adik-beradik lain lahir nyer elok tersusun....aku kluar songsang, tp tetap normal.
Adik-beradik lain tumbuh gigi bawah dulu....aku gigi atas dulu.
Adik-beradik lain boleh dibawa berbincang utk minum susu formula.....tapi aku 100% susu ibu.
Adik-beradik lain mula berjalan start 1 tahun....aku 9 bulan dah berlari....(aku mcm x caya)
Adik-beradik lain pandai baca buku masa darjah 1....aku dari umur 5 tahun.
Adik-beradik lain, klau mak ckp..semua diam & menurut....tapi aku, mesti ajak mak aku berdebat dulu klau sesuatu perkara tu kurang aku setuju (x baik kan)
Banyak le lagi peliknya aku nih.....

Tapi....mujur le dlm soal relationship....tak terbawak sgt perangai 'cepat jemu' aku ni.
Kalau tak.....haru jugak le husband aku tu....hehehe

Dan yg sgt aku pelik ialah...apsal aku lom tido lagi ni. Dah nak pukul 2 pagi.
Ok...hamba undur diri dulu.

Eh....tetiba terlintas kat fikiran tentang seseorang.....ermmm...abaikan.

09 April 2009

Sedikit kesal....

Entah la kan....
Tak tau nak komen apa.

Bagi diri seorang 'AKU', sangat cukup takut untuk menyinggung hati orang lain.
Apatah lagi menyakitkan. Terutama org2 yang berada disekeliling aku.

Tapi....
Dalam gelak tawa, ko guris hati sekeping aku.
Dan aku pun turut ketawa bersama.
Supaya perubahan di hati ini tak ko rasai. Aku tak mahu ko tahu!!
Mungkin kamu tidak sengaja.
HIPOKRIT kah diri seorang 'AKU'.

Kawan, teman , sahabat atau sape2 shj disekeliling aku.
Maaf aku pohon andai aku tanpa sengaja menguris hati kalian.
Apa yang kamu perlu tahu dr aku ialah, aku sgt suka utk mengembirakan kamu2 semua.
Andai kamu2 semua bagai terbaca kecundangan dihati aku, tinggalkan aku sekejap.
Hati ini akan pulih, tapi mungkin ia berbekas...abaikan shj.
Aku masih mahu bersama kamu sampai bila2...selagi hati ini mampu bertahan.
Doakan shj.

LOVE U!!!!

02 April 2009

Kuda Baru....



Selepas aku semacam terlalu kecewa dgn keadaan jalanraya yg semakin padat & sesak,
aku mengajak my hb utk buat meeting keluarga tergempar (aku + hb je pun).
Keputusan diambil : Mencari bahan tunggangan yg boleh menggantikan peranan kereta.

Apakah bahan tunggangan itu?
Mestilah sesuatu yg tak perlu nak 'Q' pjg2 atas jlnraya tu.
- Kapal terbang / helikopter : tak logik, sbb duit ada RM2 je, mana cukup nak beli.
- Kuda belang : nanti kalau dia kena penyakit sawan gila, payah lak.
- Motor : YESSS...sgt bernas idea ini.

So kitaorg decide utk cari motor yg elok, yg boleh travel jauh2 sket.
So, gamba kat atas tu la bahan tunggangan kami.
Semalam g shah alam amik motor, Dan pagi td aku dah merempit dgn hb aku.
Syokkkkk nyer.....sebab bleh senyum pada org yg tgh 'Q' pjg2...
Sorry ekkk...gua jalan dulu.

Actually, keputusan aku ni byk membantu dlm byk hal:
- save duit minyak + tol (RM600 monthly)
- boleh kuar umah lambat sket & sampai umah cepat
- kurangkan jumlah kete atas jln, org bwk kete kena ckp TQ kat aku ni.
- dan yg best, dpt together2 dgn my hb lerrr

Yang x bestnya kalau time hujan la.
Takpe..baju hujan kan ada, tak pun kite lepak dulu bawah jambatan.
Boleh together2 lagiiii...huhuhu...

Argghhh...lega dah kepala sekarang ni.
Hilang sket migrain aku.
Alhamdullilah.......

24 February 2009

Kalau aku dah CONFUSE.....

Pagi Selasa yang dingin bangat.
Aku drive mcm biasa g keje.
Hujan renyai-renyai.
Kereta atas jalan, jgn cakap le...penuh + padat + sesak.

Tahap kelajuan kete aku kurang dari 50km/j.
Lebih kurang lagi 200m untuk masuk highway.
Tiba-tiba.........

"gedebushhhhhhh........"
"Arrrwwwwww.......sakitttttttttttt"
"Sakiiiiitttttttttttt..."
"Aaaargggghhhhhhhhhhhhhhhhhh......"

Aku pandang cermin kete....kiri...kanan belakang.
Bunyi apa tu.
Ada orang accident ke?
Mana?
Eh..apsal org2 keliling aku ni pandang aku.
Aku langgar orang ke?
Pandang cermin lagi....kiri..kanan..belakang.
Takde apa2 pun..aku kena berenti or terus jalan?
Camne ni...nak buat apa?
Eh apsal org pandang aku lagi...depan aku pun takde apa2, aku tak langgar org pun.
Tekan minyak sket.....eh, tekan brek plak.
Nak jalan ke tak nih.
Arghhhh...berenti la kat tepi sat....tapi jam dah pukul 7.30am ni. Pasti aku lambat lagi.

Aku pun turun.
Ada husband/wife jatuh motor rupanya.
Betul2 kat belakang kete aku td...tp aku ke penyebabnya?
Aku hampiri isterinya yg sedang merintih kesakitan. Kesian.
Eh salah aku ke huh? aku yg langgar dia ke?
Aku offer untuk hantarkan ke klinik, husbandnya mcm keberatan.
Aku tawarkan lagi daya yg aku ada, dia setuju, isterinya dipapah ke kereta aku.
Aku berpatah balik ke taman perumahan aku, sbb itu je klinik yg terdekat.
Dalam kereta, kami berbual...baru le aku tau keadaan sebenar.

diaorg tergelincir sendiri...maybe jalan licin, then maybe terlanggar kereta aku.
tp, kete belakang dah langgar kaki wife tu, tu yg dia terjerit.
oooo..patut le kete tu pun berenti.
tp bila aku offer je kakak tu ke klinik, org tu sungguh2 menyokong
"better g klinik nih!"
sambil dia berlalu tgk ketenya...dan trus drive.

kakak tu sungguh2 minta maaf kat aku kerana menyusahkan.
jawapan aku senang, hari ni hari akak, esok lusa entah2 hari saya pulak.
dalam hati, dapat aku tambah kawan hari ni - alhamdullilah.

Aku tinggalkan dia depan klinik bersama husband nyer yg menyusul dr belakang.
Dan aku perlu meneruskan perjalan ke office - meredah kesesakan semula.

17 February 2009

Cerewet kah aku?

Menurut bonda aku, aku memang org yg cerewet, terlalu mementingkan kesempurnaan.
Menurut suami aku, kadang2 aku sangattt cerewet, terlalu details.
Menurut kawan2 aku, sometimes aku cerewet, sometimes aku sempoi je.
TAPI,
Bagi diri aku sendiri, aku AMAT cerewet.
Cerewet dalam melakukan apa sahaja, benar kata bonda aku, aku begitu mengharapkan kesempurnaan.
Walaupun dalam dunia ni mana ada perkara yang sempurna.
BUT,
Aku cuba sehabis baik untuk apa sahaja yg sedang aku lakukan.
Kadang2 kesempurnaan itu aku buat untuk diri sendiri,
Dan kadang2 ianya aku lakukan untuk orang lain.

Aku cuba untuk mengurangkan tahap kecerewetan aku ni.
Tetapi,
Semalam, kecerewetan aku bermula kembali.
Aku telah melakukan soal siasat yang cukup menyesakan fikiran orang yg menjaga anak aku di taska.

Kalau pasal anak, aku mmg tak boleh bertolenrasi tahap kesempurnaannya.
Aku setuju dgn pendapat suami aku, org lain jaga anak kita, tak kan sama dgn kita jaga sendiri.
Yes, aku setuju.
Tetapi, hati sekeping ibu tidak akan boleh terima kalau mereka hanya bagi anak aku makan 2 sudu nestum sahaja at 1 time.
Kecik aje hal nyer kan!!

Tapi bagi aku, ianya cukup besar. Semalam aku mmg beremosi sedikit, My Fiqry semakin kurus, kalau pegang badan dia, boleh rasa tulang.
Aku saja2 try tanya pada penjaga tu, jadual pemakanan anak aku.
Tiada tanggapan apa2 pada mulanya, sekadar ingin tau.
Tapi jawapan yg aku terima : "Fiqry makan nestum 2 sudu sekali mkn, kami masukan nestum ke dalam botol yg fiqry guna utk minum susu"

Anak aku dah 7 bulan, 2 sudu tu utk baby 4-5 bulan...aku sendiri selalu suapkan 5-6 sudu at 1 time.
itupun fiqry menganga lagi minta disuap.
Masuk kan dalam botol? Lubang puting tu khas utk susu sahaja, mcmana nestum nak kluar sayang oii....
Aku dah siapkan sudu + mangkuk utk disuapkan.
Aku dah siapkan note, brape sudu sepatutnya diberi makan.
Fiqry baby lagi, dia tak pandai ckp kalau lapar wahai insan yg pandai berfikir.
Dan berulangkali aku pesan sebelum ni, brape sukatan pemakanan anak aku.
Aku bercakap dgn dinding ke?

Aku memang pada mulanya tidak mahu terlalu cerewet...tidak mahu bertanya lebih2.
Aku takut org bosan.
Tapi, inilah padah kalau aku berdiam.
Masa aku nak amik Fiqry semalam, muka comot habis...dia selsema. kamu2 semua geli ke nak tolong lap kan selsema anak aku?
Tuala kecik dah aku siapkan.
Sedih aku tgk anak aku.
Aku frust org buat anak aku mcm tu.
Itu anak aku yer...bukan anak kucing.
Aku amanah kan kamu semua utk tolong jagakan anak aku.

Entah la....entry ini di catatkan dgn penuh keemosian. Sorry.
Adakah aku org yg tidak berterima kasih atas pertolongan kamu2 semua?
Aku terlupa sesuatu, aku tidak boleh samakan org lain dgn diri aku,
melakukan sesuatu perkara dgn sehabis baik...tetapi aku cuma harapkan sedikit rasa amanah dari kamu2 semua. PLEASE......demi anak aku!!

25 January 2009

Catatan Dari Desa

Assalamualaikum.
Dengan rasa berlapang dada & senyum yg sentiasa terukir ni, aku nak mula menaip baris2 cerita.

Apsal semacam je starting aku ni.
ehhehe...happy la, aku dah selamat sampai ke kampung tercinta (alhamdullillah).
And yg menambah girang di hati, aku dpt berbroadband dr desa yg ulu ni.
Kampung aku dah maju seh!! Sebab YB baru ke?
Aku seakan tidak percaya!! Kenapa??

Actually, terdetik nyer kat hati nak register broadband ni dulu adalah atas sbb mengisi kebosanan time aku berpantang last year.
Masa tu sekitar bulan Julai, tapi sadisnya bila aku nak try buat connection je, sikit punyer la payah, apatah lg nak surf sana sini. Frust sgt time tu.
Orang kalau dh biasa berinternet ni, kalau x dpt nak tunaikan hajat tu, dia punyer frust....aduss, kalah kot frust bercinta...iye ke???
hehehhe...iye kot.

Now dah pukul 1.50 pagi, semua org dah tido. Kat luar sesekali aku terdgr sayup2 bunyi ayam. Apsal ayam tu berbunyi time2 gini ekk, bkan ke patut nyer dia berbunyi klau nak pagi jer. Ermmm...biar la, malas nak fikir apa2.

Yang pasti, aku cukup happy + aman tenteram berada di rumah ini, di bilik ini dan di atas katil ini. Cukup selesa. Aku suka berada di sini. Cuti yg panjang ni, aku cuma nak berada di sini sahaja. Nak berehat puas-puas!!! Aku selalu rindukan suasana ini.
Di tengah malam yg sunyi, yg cukup tenang....aku bebas utk membuat apa2 shj. Waktu ini mmg aku peruntukkan utk diri aku shj. Orang lain tidak dibenarkan mengganggu hehehe.

Masa nak bertolak dari rumah td, my hb ada tanya apsal aku nak bwk laptop, bukannya ada connection.
Entah la, aku saja nk bawak, tp dlm hati sgt2 berharap "moga2 ada la connection".
Alaa...apa salahnya bwk kan, bukan kena pikul pun. Kete yg angkut, sumbat je dlm bonet. No problem.

Dan tadi, bila aku berjaya buat connection, hb aku yg tgh tido tu aku kejutkan.
Hanya utk ckp..."ada connection la". Aku tgh excited le tu.
Then dgn keadaan ngantuk2 hb berkata "ooo..ada ye, xpe2, ibu guna puas2, esok turn ayah pulak"
Amboi dia, time org nak bwk laptop td, bukan main soal siasat nyer.
Now, main booking2 pulak yer.

Actually, aku dah ada backup plan, if NO internet, then aku nak develop my own system. Selalu aku buat system utk org je, now utk aku punyer sendirikk. Cuti panjang ni, byk le masa utk aku develop that system, utk kegunaan suke2 je, guna Micro.Access.

ok la...nanti kot ada yg menarik sepjg aku di desa tercinta ni, aku update.
Till meet again....daaaaaa.
Selamat bercuti.
Take Care.
I luv U!!!

19 January 2009

Aku ditinggalkan....

Ya...benar.
Aku telah di tinggalkan oleh husband aku atas urusan kerja.

Untuk pertama kali, aku akan melayari mlm dgn anak2 sahaja.
arghhhh...terasa mlm begitu panjang.
Anak2 aku pun mcm seakan sama2 berperasaan seperti ibu nya,
se awal pukul 9 mlm dah pun terlena. Agak ajaib.
Selalunya, time begini lah diaorg bergelak ketawa, menaburkan apa2 yg patut di lantai rumah..meminta itu dan ini.
Tapi, malam ini berbeza....

Semoga malam ini berkesudahan dgn yg baik2 shj.
Kiri, kanan, depan, belakang...tiada lampu rumah yg aku nampak menyala.
Kenapa?
Oooo...aku sengaja buat2 lupa, aku mana penah ada jiran.

Mujur ada laptop, dapat juga menjadi peneman meluah rasa.
Mujur ada blog, dapat juga menitip kata.
Mujur ada kawan, dapat juga berkongsi cerita walau hanya di alam maya.
Mujur ada tv, dapat juga menjadi santapan mata.

Ermmm...cepat la pagi.
Semangat aku ni bukan la kuat sgt....
Bunyi cicak terlanggar dinding pun boleh menjadi penyebab jantung aku mula bergetar.
Aku tak tipu....inilah aku yg sebenar.
Macam mana nak jadi askar macam ayah!!!

Ayah, anak ayah tidak seberani ayah.
Jiwa kental ayah tidak diwarisi oleh anak ayah yg seorang ini.
Insya allah, cucu ayah mungkin boleh mewarisi.
Tapi ayah....eirfan kalau nampak lipas lalu, dia dah lintang pukang berlari.
Mungkin sebab dia berkawan dgn ibunya, maka ketakutan ibunya mempengaruhi hidupnya.
Sian anak aku.

Eh...sudah la, malas nak mengarut lagi.
Fidry dah terjaga pulak.....dah lemparkan senyum paling manis kat aku.
Anak aku yg sorang ni mmg suke tersenyum...sejuk hati ibu tgk senyum adik!!

Selamat malam semua!!!

13 January 2009

Ku ber'broadband' kembali

Bukan nak jilat ludah sendiri, tp aku tak tahan dah biler on je laptop, tp tak bleh nak berblog + facebook + YM + berforum + etc....

Akhirnya, aku angkat tepon...
Nombor customer service celcom ku dail.
"Encik, tolong reconnect account saya, terima kasih"

Nampak mcm seperti menjilat ludah sendiri, sbb sebelum ni aku bermatian
spt nak berpatah arang, berkerat rotan dgn celcom ni.
Tapi....
Aku tunggu org streamyx dtg, xde sorang pun yg nak mencemar duli ke rumah aku ni.
Khabarnya port utk msk streamyx dah penuh kat tempat aku.
Kalau nak juge...perkataan sabar perlu disemat di dalam minda.

Sabarkah aku?
Ooooo...tidak, terasa malam ku kurang sempurna kalau tak bertenet2 ni walaupun cuma 5 minit.

And, malam ni aku tersenyum puas.
Aku kembali seperti aku yg dulu, connection nampak nyer ok.
Harap2 begini la seterusnya...takde la aku asyik nak call customer service tu utk report pasal connection.

Akhir kata, Alhamdullillah...ini semua dengan izin Allah.