Showing posts with label Menjamu Mata. Show all posts
Showing posts with label Menjamu Mata. Show all posts

19 February 2009

As a Birthday Gift

Di awal Februari 2009

Suami : Nak apa birthday kali ni?
Isteri : oooo....boleh request2 ke? (ketara girang di hati)
Suami : Haaa.....jgn mintak ngarut2.
Isteri : Tak ngarut la, senang sgt. Tak memerlukan RM pun. Boleh eh?
Suami : Apa dia?
Isteri : Bagi ibu g Singapore dgn officemate, only me. Boleh?
Suami : hahahhaha.....takde2. Mana boleh.
Isteri : Tak aci le gini, boleh la...2 hari je, bukan lama.
Suami : Tengok le dulu, kena buat timbang tara ni.

Dan hasil timbang tara itu, permohonan aku diluluskan.
Maka berjaya la aku berpergian dgn my opismate pada 13 Feb - 15 Feb.
Aku mendapat byk komen dari kawan2 hasil kejayaan permohonan aku ni.

"bersyukur la ko dpt husband mcm tu, nak dia bg ko enjoy dgn kawan"
"tak sedar diri betul ko ni, tinggal anak dgn suami"
"best le husband ko, siap anta g airport lagi, siap kalut2 dgn anak2 lagi"
"kalau le aku dpt husband sporting mcm husband ko"

Dan pada komen aku:
Ya, aku bersyukur dipertemukan suami sebegini, tapi aku takut andai aku lalai.
Dan harapan aku, jgn le antara kamu membuat sebarang berbandingan.
Aku berpesan pada kamu dan juga diri aku sendiri, terimalah sang suami seadanya.
Setiap mereka pasti ada kelemahan dan kebaikan.
Kerana aku takut, langit itu tidak sentiasa cerah, andai cerahnya sampai ke petang, aku panjatkan kesyukuran pada yg ESA.

Ok...aku kongsikan trip aku ke S'pore.
memang best, sbb dgn kawan2 kan....sakan berjalan.
Dan aku tak kan lupa hadiah besday aku yg best utk this year.
Thank You so much!!!!


Depan umah kawan kami di Woodland Circle, sebelum mula berjalan, awal ni dlm pukul 8.00am, semangat betul nak berjalan


View dari luar umah penginapan kami



Dalam cab, canggih cab dia...screen tu utk get info psl s'pore.


Destinasi pertama kami, Singapore Zoo


Lambang simbolik s'pore mesti le si patung singa tu.


View s'pore dari tepi sungai apa ntah nama nyer. Last time masa aku dtg sini, aku stay kat hotel area sini la, dekat dgn patung singa yg besar tu.


Ready dah nak balik kat Airport Changi, saja melayan kawan aku yg sorang ni amik gambar kat sini, konon2 kat Vietnam le pulak

07 January 2009

Sesi abiskan cuti ujung tahun...

Ini entry terlambat namanya.
Heheeh....tak sempat nak update blog.
Anyway, aku kongsikan aktiviti sepanjang percutian aku sempena birthday eirfan & my 4th anniversary.

Biasanya, setiap ujung tahun mmg aku akan amik cuti panjang utk meraikan hari2 penuh bermakna itu.
Ok lets go cuci mata.

Family Gathering at KM Chalet, Kuala Sg. Baru, Melaka.

Aku pilih utk buat family gathering kat tepi laut sbb aku mmg sukakan laut. Apsal ntah. Dan tempat ni aku pilih sbb tak ramai org, so that pantai itu aku yg punyer.


Ini chalet yg kitaorg sewa. Sesiapa yg suke konsep kampung, chalet ni memang menepati citarasa. Ada yg jenis rumah batu + aircond (aku kurang berminat, rasa mcm tak p bercuti gitu hehehe)


Yang ni moyang aku, alhamdullillah...umur nyer dah lebih 100 tahun, tp masih larat mengikut ragam kami berendam kat tepi pantai nih. Seronok dapat bawak dia jalan2, dia pun seronok jugak..gelak jer time kitaorg timbuskan kaki dia dgn pasir.


Turn eirfan pulak di timbus dalam pasir. Anak aku yg sorang ni takut mandi laut. Everytime air laut naik ke pantai, dia pun lari. Sudahnya, dok je la atas pasir tu.


hehehe...2 org ni amik tender bakar ayam. Kalau gini, tahun depan boleh le buat lagi ekk...huhuhu




Melaka River Cruise

Ni boat yg aku + family naik, skali jalan boleh isi sehingga 40 org. Ok la boat ni, bersih. cuma bila dah sampai 40 org yg naik, agak sempit + rimas, terutama mcm aku yg bawak anak kecik.


Ni gamba boat org lain, aku amik dr boat aku la...camne le nak amik gamba boat sendiri kan.


Sepjg sungai tu, byk di buat rumah2 melayu melaka yg lama. Cantik2, tak silap rasa nyer area tu nama kampung Morten, maybe penduduk kat situ diminta untuk hias umah diaorg utk tujuan pelancongan. Sbb mmg xde umah yg buruk hikss....


dan yang ni, dulu kat KL ada, apsal ntah aku mcm tak sempat nak naik. Bz sgt le tu nampak nyer aku. Dan sekali lg masa g melaka ni, aku sekali lg tak sempat naik. Adusss....bile lg nak naik nih, teringin benor dah.


Aku sempat amik gamba kincir air yg sgt besar ni. Kincir air ke nih..iyer kot, hb aku yg ckp gitu...kalau dia 'goreng' aku, kira korang pun aku goreng la...huhuhu


Alhamdullillah, spj berada kat atas boat tu, 2 org teruna aku ni cukup sporting x buat ragam, so ibu nyer sempat le menikmati suasana sekeliling.

21 December 2008

Happy Birthday To Eirfan

Today is Eirfan's Birthday.

3 tahun yg lepas, kelahiran nya merupakan hadiah paling berharga untuk ayah & ibu sempena menyambut 1st anniversary on 25 Disember 2005.

And this year, tiada apa yg menarik melainkan membuatkan hati si anak noty ini gembira. so that, ibu bagi chance eirfan celebrate birthday at ur taska la. sbb awk hari2 nyanyi lagu hepi besday kat umah utk diri sndiri (tak malu ni).
agaknya nak sambut ramai2 kat taska yer.

Ok sedikit lintas langsung untuk besday budak noty ini (TQ utk cikgu dia sbb tlg amik kan gamba) :


'Buah tangan dari ibu' utk member2 kamcing eirfan



Actually beli kek 1 biji jer, then tiba2 cikgu eirfan ckp kekanak ramai...ibu dia pun dushhh...g tambah 1 biji lagi. Hopefully cukup la.



tengah nyanyi2 le kot nih. ibu nye takde pun masa sesi ni, ibu nyer kan career woman...so dok kat opis la.



Menurut cikgunyer, ni la kawan baik + gaduh eirfan...ghuper pun lebih kurang



10 Eirfan's achivements:
1) Dah ada seorang adik (parent's achivement ni heheh)
2) Dah tak pakai diaper lagi
3) Dah boleh harap ambil baju/diaper/napkin fiqry bila ibu minta tolong
4) Dah pandai beralah dgn fiqry (sometimes heheh)
5) Dah pandai baca doa makan walaupun idghram nyer lari..
6) Peneman setia ibu bila ayah takde
7) Pembantu ibu untuk buru lipas yg msk umah, standby penyapu kt belakang ibu hahah.
8) Pandai jaga fiqry bila time ibu cooking2, specially bab bagi fiqry gelak.
9) Dah boleh tolerate dgn ayah, bila ayah ckp nak pergi work...klau dulu harus menangis sampai terbaring2.
10)And last skali, dah pandai nak melawa, sluar pendek dah takmo pakai yer, nak sluar pjg jer...jaga aurat anak aku nih.

01 December 2008

My Saturday Activities

Yessss....aku suka Saturday & Sunday.
Why??....cuti maaa...bleh relax2 at home + jalan-jalan lagi kan. I like jalan2.
This is one of my relaxation theraphy.
Iyer ke??...for me la, for u...i dont know, could be Yes or could be NO.
Ok la, takmo merepek2, jom kite relaxkan mata,
sambil menonton photo2 ini yer...

LETs GO......

Lokasi Pertama : Terjah Giant terbesar kat Malaysia. Baru buka 27 Nov 08 ari tu.



Ni view dari luar, aku parking kat tepi jalan je. Ramai giler orang, semua nak tgk Giant 3 tingkat nih.



At Ground Floor : Aku dah suka dgn kedai ni. Baju dia cute2....next time dtg sini, akan ku terjah kedai ni. Aku mmg sangattt suke dgn baju kekanak...very2 cute. Nasib baik lom ada anak pompuan...kalau tidak...harus kopak duit2 ku yg tak seberapa nyer ini.



Kat sini pun ada indoor playground. Dan sudah pasti si Eirfan tak lepaskan peluang. Dia sanggup berlapar. Playground ni kat ground floor klau x silap, kat floor ni ada lagi secret recipes, Chicken Rice shop, Rasa Mas, KFC dan macam2 lagi la. Tak sempat nak melilau sgt mata nih. Ramai org + kena cekap mata ni utk melihat gelagat anak aku yg cepat je hilang2 tuh.



Fiqry with Ayah, lama sgt tunggu abg dia main kat playground tu.



sambil tunggu Eirfan main, snap lukisan kat dinding playground tu, cantik la. Tapi rasanya lagi 2-3 bulan bakal comot lukisan ni.



Actually, nak amik gamba kat dinding tu, saja le sruh eirfan diri kat situ, konon2 tangan dia nak buat 'peace', tapi terkial2...ibu dah snap..huhuhu....Time ni dia dah stop main..sebabbbbb...mulut dah berdarah, jatuh....org main tak sedar dunia mmg gitu



Alamak, jumpa Jungle-jungle pulak, sekali lagi eirfan 'hilang kawalan'.....kena tunggu lagi dia nak berhibur....nasib baik Fiqry sporting, relax je sambil senyum2. cayannng bebi piki.



Naik monyet apa ntah ni, pusing2.....bende ni pun eirfan nak naik...karut betul anak ku ini



Ada train, eirfan bawak amoi cute...heheheh


Uishhh...penat sungguh, pukul 1pm masuk, pukul 4pm kluar....ni baru ronda2, blom g beli2 brg. Tapi lucky dalam ni semua ada, surau + toilet + tempat makan2. So senang la, takyah nak kluar lg...one stop centre le katakan...

Destinasi seterusnya..........


Aku visit my officemate, baru lepas bersalin pagi tu dlm pkul 4.30am. Ceaser katanya, apsal eh? Dia duduk sebelah aku je kat opis, so everyday kitaorg sembang2. Menurut dia, condition baby semua ok, but tetiba kena ceaser.
So, aku merangkap wartawan x bertauliah perlu penjelasan...aku terjah ini spital.
Kecoh kan aku...xde la, bleh tgk baby, aku suke baby...huhuhu



Ini dia anak dara yg noty2 kluar ikut tingkap. Mengikut kata emaknya, tetiba baby ni berpusing ke atas, padahal this week mmg time dia kluar, aku rasa anak dara ni igt dia naik 'eye on malaysia' kot...so songsang la jd nyer, maka ceaser adalah jln penyelesaian. Tahniah mala, actually mala baru kehilangan anak bongsu (girl) this year sebab denggi, mungkin Allah ganti kan dgn this cute baby(girl). Semoga terubat rasa kerinduan.



Pukul 6pm, sampai kat umah DAN bergelimpangan le kekanak ini kepenatan.....dan ibunya pula, rutin bermula....bawak diri ke dapur untuk prepare dinner. Uwwwaa...Penattt.


---

23 September 2008

Berkilau bagaikan kristal...

haaa....kawan aku sorang ni dah bg idea kat aku utk buat bisness kristal lah pulak.
Sape dia???
Cuba teka....
Takmo teka??
Ok la...kita reveal
Siti Faeizah org nyer.

Tq faei, idea ko mmg bernas.
So bagi merealisasikan impian kwn aku sorang ni yg sedang berjinak2 dgn dunia bisness nyer, aku tolong jd penjual.
Actually, bukan aku yg jual la...tak laku kot klau aku yg jual...ahaks
Aku bagi kat my sis, dgr2 cite dr my sis...sambutan menggalakkan jugak.

So ni aku share dgn u all semua betapa cantik nyer gelang kristal tu.

Ni antara gelang2 tu la.

Utk tujuan menarik lg perhatian, aku letak semua gelang2 tu dlm kotak nih. Asalnya yg aku dpt dr faei cuma dlm plastik, so aku all out kan dia.

So, ni isi dlm kotak tu. Menurut citer my sis, sebaik shj kotak tu di buka kat opis dia, maka menyerbu la kwn2 opis dia sebaik terlihat kilauan kristal tersebut.

12 September 2008

Ketibaan Ahmad Dany Fiqry...

Ok, seperti yg dijanjikan...aku tempek beberapa gambar anak teruna kecik aku ni. Sila lah menjamu mata. Klau ada sesape yg berkenan nak berbesan dgn aku, bleh lah rasanya klau nak buat booking..heheheh

Ni 1st day Fiqry kat dunia ni. Aman dlm pelukan ayah dia yg mcm kekok2 nak dukung tu even dah anak yg ke 2.

2nd day, ready utk blk umah. jauh renungan mata dia. Agak nya dia berfikir, pandai ke ibu n ayah aku jaga ni. Silap2 kena dera lak nanti.


Acara bersantai kat spital segamat, kena jemur bwh lampu sbb kena jaundis (camni ke eja dia). Cun kan kacamata dia tu, mana ada jual kat kedai.

Ready untuk di potong jambul masa kenduri aqiqah ari tu. Nasib baik dia sporting, sepjg acara tu dia lelap je.

Ni gambo dia baru bgn setelah selesai acara potong jambul beramai-ramai.

ni lah kambing Fiqry utk aqiqah. Baik je kambing ni, masa kena sembelih tu xde pun mengelepar, dok ontok2 jer. (Gamba kambing pun aku nak ltk kan, mana le tau ade kwn2 aku yg x kenal kambing)

"Nape le manusia2 ni membotak kan kepala aku"

"Cayanggg bebi Piki". Ni along eirfan yg kejap2 nak kiss adik dia.

Sekian....acara menjamu mata telah tamat ye. Wassalam.

19 May 2008

Selamat Pengantin Baru

18 Mei 2008 - Tarikh keramat yg akan dikenang seumur hidup oleh opismate aku yg sorang ni - Norazila Abd Latif, aku panggil dia ela.

" Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan ke akhir hayat "

Aku melapangkan diri utk raikan majlis besar kwn aku sorang ni. Kampung dia kat kuala kurau, Perak. Aku ni dah le bukan reti sgt area belah2 sana. Tp ela punye psl, aku & 2 lg my heroes meredah ke sana seawal 8.30am dari Rawang bg memastikan aku tak terlepas acara bersanding (tu yg penting hehehe).

Lebih kurang pukul 12.00++pm aku smpai kat pekan apa ntah nama dia, tp dah dekat dgn umah ela, aku round nak cari kedai ayamas. Anak bujang aku ni suke mkn ayamas. So aku kena pastikan perut anak bujang aku berisi dulu, nanti payah pulak kat umah kenduri org dia buat ragam.

Kedai Ayamas x dijumpai (ela tlg bg tau wakil rakyat sini, letak 1 kedai ayamas). Aku jumpa KFC, boleh la. Janji eirfan kenyang....

So, ngam2 pukul 1 tghari, aku smpai umah ela. Bestnye umah dia, betul2 tepi sawah. Sejuk je rasa angin bertiup....
Ni antara gambar2 yg sempat aku snap, tak byk sgt. Sbb aku mmg nak cepat bergerak pulang. Aku sempat tggu smpai ela bersanding je. Lps tu bergegas blk ke rawang.