Showing posts with label Eirfan. Show all posts
Showing posts with label Eirfan. Show all posts

12 May 2009

Better Late, than Never...

Uishhh....2-3 minggu ni aku agak kebizian dgn hal-hal kehidupan.
Kadang2 buat aku tension, kelam kabut, terkejar sana sini, sedih, geram...dan akhirnya pasrah.
Sebagai hamba, itu je la yang mampu - PASRAH.

Tapi hidup harus diteruskan, semangat harus di kentalkan.
Dan paling menambahkan semangat aku pagi ni ialah hasil tangan comel anak aku.

2-3 hari ni, kalau g mana2 blog kawan2...semua citer pasal 'Hari Ibu'.
Pergi opis...pun sama jugak.
Aku tumpang gembira mendengar cerita masing-masing dgn kerenah anak2.
Rata-rata, kebanyakan yg ada anak2 pompuan ni...mesti dpt something dari anak masing2 untuk hari ibu ni.
Maybe, anak pompuan ni lebih prihatin kot eh.
So, aku pun kuburkan perasaan utk mengharap 'sesuatu'.

Tapi pagi ni, masa tergesa2 nak hantar eirfan ke tadika,
aku dapat sekeping kad dari Eirfan, anak bujang ibu yg macam2 kerenah ni.

"Ibu, ni untuk ibu. Along buat kan....hepi besday ibu"
Aku excited, sambil sambut kad yg di hulur....membelek2 hasil keje anak yg seorang ni.
"Bukan hepi besday la sayang, ni kad untuk hari ibu'

Gembira betul hati aku, walaupun kad tu bukan le secantik mana.
Sekadar kad manila & dah terkoyak pun tepi nya.
Tapi nilai hasil tangan kanak2 yang berumur 3 tahun 5 bulan ini telah menyejukkan hati aku.
Maybe, dia buat kat tadika la ni.
Ingatkan ibu hanya tumpang dengar cerita org je, tapi rupa2 nya anak ibu pun nak bagi something kat ibu jugak.
walaupun dah terlewat harinya....tak kisah la kan.
omputih cakap Better late than Never.....
ermm....dah besar anak ibu ni...
Nakal pun makin bertambah.

Ermmm....cerita pasal anak2 ni, aku dah dapat maid. - Alhamdullilah
1 minggu tempoh proses di Malaysia.
1 minggu tempoh proses di Indon.
Takde la lama sangat aku menunggu.
So, dah 2 minggu aku duduk sebumbung dgn maid aku ni.
Nanti, kalau free2 sket...aku story mory psl' housemate' baru aku ni ekkk.

Ok la, nak start sesi cooking2 utk dinner.
'Housemate' baru tu dah tolong kupas2 kan bawang....syiokkk jugak ader pembantu + kwn sembang2 di dapur ni.
Sambung citer di lain masa yer.
TATA..................

21 December 2008

Happy Birthday To Eirfan

Today is Eirfan's Birthday.

3 tahun yg lepas, kelahiran nya merupakan hadiah paling berharga untuk ayah & ibu sempena menyambut 1st anniversary on 25 Disember 2005.

And this year, tiada apa yg menarik melainkan membuatkan hati si anak noty ini gembira. so that, ibu bagi chance eirfan celebrate birthday at ur taska la. sbb awk hari2 nyanyi lagu hepi besday kat umah utk diri sndiri (tak malu ni).
agaknya nak sambut ramai2 kat taska yer.

Ok sedikit lintas langsung untuk besday budak noty ini (TQ utk cikgu dia sbb tlg amik kan gamba) :


'Buah tangan dari ibu' utk member2 kamcing eirfan



Actually beli kek 1 biji jer, then tiba2 cikgu eirfan ckp kekanak ramai...ibu dia pun dushhh...g tambah 1 biji lagi. Hopefully cukup la.



tengah nyanyi2 le kot nih. ibu nye takde pun masa sesi ni, ibu nyer kan career woman...so dok kat opis la.



Menurut cikgunyer, ni la kawan baik + gaduh eirfan...ghuper pun lebih kurang



10 Eirfan's achivements:
1) Dah ada seorang adik (parent's achivement ni heheh)
2) Dah tak pakai diaper lagi
3) Dah boleh harap ambil baju/diaper/napkin fiqry bila ibu minta tolong
4) Dah pandai beralah dgn fiqry (sometimes heheh)
5) Dah pandai baca doa makan walaupun idghram nyer lari..
6) Peneman setia ibu bila ayah takde
7) Pembantu ibu untuk buru lipas yg msk umah, standby penyapu kt belakang ibu hahah.
8) Pandai jaga fiqry bila time ibu cooking2, specially bab bagi fiqry gelak.
9) Dah boleh tolerate dgn ayah, bila ayah ckp nak pergi work...klau dulu harus menangis sampai terbaring2.
10)And last skali, dah pandai nak melawa, sluar pendek dah takmo pakai yer, nak sluar pjg jer...jaga aurat anak aku nih.

24 June 2008

Kesiannya Eirfan...

Dr. Serena : hi Eirfan, Apa yg tak kena ni.

Aku : Anak i tak sihat since last week, sekejap badan panas, then ok semula. Kdg2 dia jd tak aktif, terbaring lesu, xmo makan.

(doc tu check dlm mulut, kaki, tgn & badan)

Dr. Serena : Kalau saya cakap, u jgn terkejut. Tanda2 pd anak u ni maybe adalah coxsackie. Dalam mulut dah ada ulser, cuma ruam2 belum naik di kaki tangan. U letak anak u kat taska ke?

Aku : a'ah, hari2 i letak kat taska.(aku x tau apa itu coxsackie, jahilnya aku)

Dr. Serena : What to do kan, u pun nak keje. Oklah, i terpaksa bagi u MC, so that u boleh rawat anak u sendiri kat rumah.

Aku : Doc, brape lama sakit ni boleh ok. Apa yg i perlu buat (skali lg aku jahil dlm menjaga anak sendiri..sedihnya)

Dr. Serena : Dlm masa 7 hari, should be ok. Don't worry, u perlu kuarantin kan anak u dr kanak2 di taska, mungkin dr sana dia dpt this virus sebab perkongsian atau penjagaan kurang bersih. U bagi dia this antibiotik & sapukan ubat utk ulser dia.



Aku tak sabar2 nak sampai kat rumah, aku nak cari segala info pasal coxsackie. Cuaknya hati aku.

Eirfan sayang,
Ibu minta maaf. Dari minggu lepas anak ibu sengsara dgn sakit ni. Ibu tak tau, ibu igt anak ibu demam biasa, tp bila demam eirfan asyik dtg bertandang sampai minggu ni, hati ibu jadi tak sedap.
Betul ke anak ibu kena coxsackie tu, atau pun eirfan cuma kena ulser sbb cuaca panas ni.
Tiap kali anak ibu sakit mcm ni, ibu akan salahkan diri ibu sbb letak eirfan kat taska, ibu tak mampu nak jaga anak ibu sendiri 100%. Ibu letakkan eirfan kat tempat yang tak gerenti 100% selamat. Walaupun ibulah org paling cerewet masa nak pilih taska tu dulu. Tp ibu tak salahkan taska, tmpat ramai org, mcm2 boleh jadikan.
Anak ibu sayang,
Ibu minta maaf. Ibu & ayah akan gilir2 jaga eirfan ok. Anak ibu cepat elok ye. Sebenarnya airmata ibu ni mcm tak tertahan nak mengalir, tp nanti mesti ayah eirfan ckp ibu emosional. Ibu tahankan jugak, dlm hati ibu ni seribu kesal.


Ni antara info yg aku dpt, semua gelaja ni ada kat anak aku kecuali yg no. 8 & 9. Dlm hati aku harap sgt, doc tu silap, maybe anak aku cuma demam biasa sbb cuaca panas.

Apakah gejala Penyakit Kaki, tangan & mulut (HFMD)?
Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan ini dipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti:

1) Demam (38°C) selama dua atau tiga hari
2) Sakit mulut
3) Berhingus
4) Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)
5) Sakit tekak
6) Hilang selera makan
7) Keletihan
8) Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak
gatal atau menyebabkan rasa sakit
9) Sakit perut