Showing posts with label Oh Kerja. Show all posts
Showing posts with label Oh Kerja. Show all posts

25 August 2011

Hari ni jerr.......

Bangun awal ari ni, 4.30 pagi dah siap mandi. Apakah??
NO.....NO....jgn fikir jauh sgt, sebabnya...."ari ni je keje, esok cuti dah"......so dia punyer semangat lain macam.
sian company ada staff mcm ni.
opsss.....ari ni hapday je...lagi seronok beb!!

on d way g keje, lagu raya bertalu-talu kuar. bukan takat mulut ikut rentak lagu. kaki, tangan badan...semua goyang!!!
dalam kepala..."ari ni je keje, esok cuti dah"...

masuk opis....bukak email.....
alaaa...ada 2-3 email keje..ada request baru lagi (abis ko igt dtg keje nak tido)
set lagi dalam kepala..."ari ni je keje, esok cuti dah"...

uisshhhh...lain mcm penangan seronok nak sambut raya taun ni.
apsal? kalah budak2 dah ni.
ooooo....iyer, saya berpuasa penuh tahun ni yer.
harap maklum!!

13 November 2008

Hari yang tak bestt!!!

Boleh ke ada hari best ....ada hari tak best.
Tapi bagi aku memang ada, terutama hari ni...huhuhu

Sejak malam semalam lg, aku dah merasakan betapa hari ini kan menjadi tidak best.
Dan aku memilih baju kerja yang agak ceria warna nyer utk aku ironkan.
Supaya warna2 baju itu akan berjaya menjadi kan hari ini BEST.
See my freennzz, aku still berusaha utk menjadikan hari ni best

Akan TETAPI.....
Hari ni memang tersurat tidak best...walaupun aku telah berusaha.
Argghhhh....sehari suntuk aku akan berada di dalam bilik meeting.
Pagi meeting lain.
Petang meeting lain pulak agenda nyer.

Kenapa aku tak suke meeting??
Kalau meeting tu adalah acara makan2, mungkin aku suke kot.
Tapi, ini adalah meeting yg memerlukan otak aku bekerja keras memberi jawapan on d'spot.
Menjawab semua persoalan & permasalahan yg kdg2 bukan le dari my side.
TETAPI, menolong 'mereka' utk mencari solution kpd masalah yg telah 'mereka' ciptakan.
Sungguh aku x suke.

What to do kan...
Nak tak nak, aku kena attend jugak meeting ni, since my bos dah berlayar ke Jepun.
I've no choice.
Sekejap lg aku kena attend 1 more meeting, semoga meeting itu menarik & akan buat hati aku bernyanyi riang ria.
Supaya pulang ku petang nanti dlm kadar yang cukup ceria uhukhukh....

Ok la....prepare for next meeting.
huhhhhh........

09 September 2008

My 1st Day...

PENAT!!!
tu word yg aku bleh sebut selepas seharian kat opis semalam.
maklum le org dah lama tak g keje. Tp apa yg aku angankan utk 1st day, tak sama dgn apa yg berlaku sebenarnya....huhuhu.

Sesampai nyer aku di meja opis, aku tgk sudah ader task dia atas meja...uwaaa!!!!
Tercungap2 lps turun dari komute tak ilang lg, dah diserbu oleh beberapa kwn2 opis yg tersyg nih.
Ada yg tanya kabar...ok lagi tnya kabar.
Ada yg ckp.."eeee...dah kurus la, mkn apa?"....soalan ni pun ok jugak.
Ada yg tanya, "baby sihat, gamba baby x bwk ke?"...yg ini pun ok
TAPI,
Yang tak berapa nak ok : "weh aku nak handover balik keje2 ko nih, user ko mintak mcm2 la" (utk pengetahuan semua, user aku mmg gitu, suke nak manja2 mintak mcm2.)
Terhenti seketika nafas aku yg tak brape nak betul dr td.
Aku igtkan 1st day ni, nak relax2 dulu. Baca2 email ke, sembang2 tnya kabar ke kan. Tapi rupa2 nya...aku dah kena start buat keje.

errmm...mmg sepatutnya dtg keje utk buat keje la kan. Aku je yg berangan lebih. Cuti dah 2 bln pun nak relax lg (tu kata2 s'org kwn aku yg bernama DZ).
So..WAKE UP!! WAKE UP!!
Seharian aku duduk mengadap user, tnya apa masalah dia sepanjang peninggalan aku.
Baiknya aku nak tau masalah org hehehe...aku dibayar utk amik tau masalah dia. Klau tak aku akan di cop mkn gaji buta!!
Nasib baik bulan poser ni blk pkul 4.45pm, klau tak sudah pasti aku terpaksa mengadap 'semua' bende ni sampai mlm. Syukur ya Ramadan....

Maka pulang la aku dgn serabut2 dlm kepala, mencari2 idea utk selesaikan semua masalah user yg dah dihamburkan kat aku td.
Mcm biasa, hb aku pick up kat stesen komute...klau aku drive ni, HARUS time azan br smpai umah.
Soalan pertama hb aku, camne keje ari nih??
Jawapan aku pendek je, PENAT.
Suasana sunyi seketika (mesti hb aku igt aku mmg penat btul, sbb 1 word je yg kluar)
Tak smpai 5 minit, aku pot..pet..pot..pet...semua aku citer. So hb aku kena dgr le aku citer, penat tau nak bercerita bulan2 poser nih hehehe.
Tiba2 aku rasa tekak kering...ooo..aku lupa aku berpuasa, so aku ckp kat hb, kite samb. citer lps buka boleh tak, tak larat dah.
Gelak besar hb aku, dia kata "tak suruh pun bercerita, tp ibu tu yg excited nak cerita, bwk2 le bertenang dulu".

Itu aje la citer aku utk hari pertama bekerja.
Sekian, Wassalam!

25 April 2008

Kerja oh Kerja....

La La La Kerjalah - Meet Uncle Hussein
Ha...pening kepala...
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya....
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerjaan saja...

Chorus:
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja...

Ahhhh..terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu...mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja...

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma...
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana...




Pagi tadi, start je aku nak drive pergi keje.....bukan main rancak lagu meet uncle hussain ni berkumandang. Macam tau2 je aku mmg xde mood nak pegi keje hari ni. Aku penat la....nak drive, nak tempuh jam lagi...nak mengadap kerenah user. Maybe 'keadaan' aku skrang ni yg menambahkan lagi kekurangan semangat jati diri. Arghhhh...betapa aku tak bersyukur dgn kehidupan.

Tahun ni masuk 7 tahun aku bekerja. Bosan??....Aku tak bosan dgn kerja aku. I luv my work very much. I love programming...dgn programming, minda aku dilatih berfikir dgn cekap secara logic & teratur, walaupun kadang2 tersasar. heheheh....

Then, kenapa aku x bersemangat utk bekerja...aku selalu bercadang nak berenti je dr keje ni. Tp apa aku nak buat duduk kat rumah, paling lama aku bole tahan duduk rumah dlm 1-2 minggu je. Aku bukan le jenis org yg suka terperap kat rumah, jadi fulltime housewife???...hehehehe...tak mungkin kot. Boleh jadi 'meroyan' aku nanti.


Disebabkan kekurangan semangat utk hari ni, aku dah buat terlalu byk kesilapan dlm kerja2 aku. Kesilapan yg berlaku atas kecuaian aku sendiri. Kesilapan yg sepatutnya tidak dilakukan oleh org yg telah bekerja dlm bidang yg sama selama hampir 7 tahun. Nasib baik la aku ni ada kawan2 yg masih boleh membantu aku (TQ mala tlg adjust my coding, TQ suria & k.ana tlg dgr 'kekecohan' yg aku buat).
Adakah ini satu tanda utk aku melakukan perubahan dlm hidup aku. Tp perubahan apa?? Aku syg nak tggalkan dunia programming aku. Aku syg nak tggalkan kawan2 se'opis' aku, aku syg nak tggalkan tmpat aku mencari rezeki selama ni. Tp klau camni la keadaan aku hari2, rasanya 'sesuatu' perlu dilakukan.

Maybe aku bertahan dulu la utk tahun ni (pujuk hati sendiri),
'keadaan' aku skrang ni mungkin faktor penyebab mutu kerja aku menurun & emosi aku pun turun naik (aku cuba mencari alasan menutup kelemahan diri..heheh).
Ermmm....takpe la, kita tunggu & lihat apa bakal 'otak' aku ni akan lakukan seterusnya. Sebelum tu jom kita nyanyi dulu....
"La la la Hari hari kerja..La la la, Bosan dengan kerja
La la la, Hidup harus kerja...kerja..."