25 April 2008

Kerja oh Kerja....

La La La Kerjalah - Meet Uncle Hussein
Ha...pening kepala...
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya....
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerjaan saja...

Chorus:
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja...

Ahhhh..terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu...mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja...

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma...
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana...




Pagi tadi, start je aku nak drive pergi keje.....bukan main rancak lagu meet uncle hussain ni berkumandang. Macam tau2 je aku mmg xde mood nak pegi keje hari ni. Aku penat la....nak drive, nak tempuh jam lagi...nak mengadap kerenah user. Maybe 'keadaan' aku skrang ni yg menambahkan lagi kekurangan semangat jati diri. Arghhhh...betapa aku tak bersyukur dgn kehidupan.

Tahun ni masuk 7 tahun aku bekerja. Bosan??....Aku tak bosan dgn kerja aku. I luv my work very much. I love programming...dgn programming, minda aku dilatih berfikir dgn cekap secara logic & teratur, walaupun kadang2 tersasar. heheheh....

Then, kenapa aku x bersemangat utk bekerja...aku selalu bercadang nak berenti je dr keje ni. Tp apa aku nak buat duduk kat rumah, paling lama aku bole tahan duduk rumah dlm 1-2 minggu je. Aku bukan le jenis org yg suka terperap kat rumah, jadi fulltime housewife???...hehehehe...tak mungkin kot. Boleh jadi 'meroyan' aku nanti.


Disebabkan kekurangan semangat utk hari ni, aku dah buat terlalu byk kesilapan dlm kerja2 aku. Kesilapan yg berlaku atas kecuaian aku sendiri. Kesilapan yg sepatutnya tidak dilakukan oleh org yg telah bekerja dlm bidang yg sama selama hampir 7 tahun. Nasib baik la aku ni ada kawan2 yg masih boleh membantu aku (TQ mala tlg adjust my coding, TQ suria & k.ana tlg dgr 'kekecohan' yg aku buat).
Adakah ini satu tanda utk aku melakukan perubahan dlm hidup aku. Tp perubahan apa?? Aku syg nak tggalkan dunia programming aku. Aku syg nak tggalkan kawan2 se'opis' aku, aku syg nak tggalkan tmpat aku mencari rezeki selama ni. Tp klau camni la keadaan aku hari2, rasanya 'sesuatu' perlu dilakukan.

Maybe aku bertahan dulu la utk tahun ni (pujuk hati sendiri),
'keadaan' aku skrang ni mungkin faktor penyebab mutu kerja aku menurun & emosi aku pun turun naik (aku cuba mencari alasan menutup kelemahan diri..heheh).
Ermmm....takpe la, kita tunggu & lihat apa bakal 'otak' aku ni akan lakukan seterusnya. Sebelum tu jom kita nyanyi dulu....
"La la la Hari hari kerja..La la la, Bosan dengan kerja
La la la, Hidup harus kerja...kerja..."

No comments: