Disebabkan aku ni terlalu byk sgt berjalan, ari ni aku terpaksa EL. Ada sesape yg tak tau EL??? Emergency Leave....heheheh
2 minggu lps aku ke langkawi selama 4 hari. Berjalan sakan, 1 langkawi aku ronda x sedar dunia. Nasib baik adanya malam, klau tidak sudah pasti kaki aku tak berenti melangkah.
1 minggu lepas, aku ke kuala kurau, Perak. Balik hari jer dari Rawang. Tujuan sebenar nak attend wedding my opismate. Tp dalam hati ada gak berhajat nak ronda zoo taiping sbb terlanjur lalu kat situ kan. Tp hajat tidak diperkenan 'bos'. Ayat dia...'lain kali kita singgah bila keadaan awak tu boleh di bawa ketepi ketengah'....uwaaaa!!!
Dan akhir skali, ahad (semalam), aku ke tangkak. Menyertai rombongan meminang sepupu lelaki aku. Mula2 mcm xmo pergi, sbb everyweek asyik berjalan jer. Tp ni sepupu kan, x kan x pergi....melampau le tuh.
Dan, padah yang aku dapat. Hari ni aku EL, tak masuk opis. Perut mengalami kekejangan (contraction yg kerap)..heheheh...baby penat kot.
Ari sabtu tu, aku g check up, doktor pesan..."kurangkan aktiviti, ur baby ni memang dah cun position dia nak kluar, u baru 32 week. So better u slow down kan any activities"
Doktor tu tak tau, minggu ni aku ader jemputan kahwin kat n9 & JB. And minggu 1 lg ader family day kat PD. Doktor sy nak pergi semua event tu...uwaaa!!!
Aku ni mmh kaki berjalan la, sian baby aku. Ibu dia x sedar diri.
'Bos' aku ckp, "minggu ni kita tak akan ke mana2. Relax kat rumah jer, basuh baju2 baby & packing dlm beg utk standby".
Rupa2nya aku blom buat semua bende tu, compare dgn 1st pregnant dulu, msk 7 bln jer, 1 beg baby dah standy dlm kete.
Td aku dah basuh baju2 baby, tp lom kering la. Ujung minggu ni plan nak g shopping sket lg brg anak aku ni (jalan lg kan)...harap2 aku masih 'selamat'. Insya allah, baby ibu...relax kat dlm tu dulu ok, kluar bila tiba masanya.
Télécharger Le Livre idolâtre Livre PDF Gratuit
6 years ago
2 comments:
tak per nurul ko lebih kurang cam akak gak...dh nk tggu ari aku masih jln2 lg....nant mudah besalin org kata....
kalau dah cukup bulan xpe jugak k.zura, ni belum cukup lg, baru 8 bln ni. Dibuatnya kluar jugak 'org kat dlm' tu, tak ke naya nak dok kat spital lama2.
Post a Comment