KITA mungkin sedia maklum tentang penyakit cacar air (chicken pox) dan kayap (shingles). Kayap atau shingles juga dikenali sebagai "demam lepuh", ia akan membentuk gelembung yang berisi cecair. Dalam dunia perubatan, penyakit cacar air dan kayap tergolong dalam keluarga penyakit herpes yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai virus Herpes Zoster.
Kedua-dua penyakit ini saling berkaitan kerana pesakit yang pernah dijangkiti cacar air akan mendapat penyakit kayap di kemudian hari jika virus tersebut diaktifkan semula.Seseorang itu tidak akan mendapat kayap melainkan dia pernah mendapat cacar air sebelum ini.
Pakar Perunding Dermatologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, cacar air merupakan penyakit yang berjangkit. Berbeza dengan cacar air, kayap tidak berjangkit kepada individu lain kerana kuman yang menyebabkan berlakunya kayap berasal dari dalam tubuh manusia itu sendiri.
Ibu hamil yang mendapat cacar air mempunyai risiko tinggi pada janin dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan berisiko mendapat kayap meskipun bayi itu tidak pernah mendapat jangkitan cacar air.
Aku pun tak tau macam mana aku boleh terkena sakit ni. Tp yang aku igt :
31 May 08(Sabtu) : Aku tido lambat tggu my hb yg blom blk dr keje, sambil surfing internet. Pkul 5 pg baru aku start lelap mata sbb bila aku ada rasa ketulan kat tepi leher secara tiba2. Dan leher terasa sengal sangat.
1 Jun 08 (Ahad) : Sengal kat leher makin kuat, ketulan pun makin besar. Kulit kepala sebelah kiri naik kemerahan seperti ruam. Pedih....
2 Jun 08 (Isnin) : Pergi keje mcm biasa. Sakit kat leher sebelah kiri makin kuat, ssh nak pusing2 kepala. Mlm tu nekad ke klinik dekat rumah, sbb bila hb tgk kat kulit kepala dah naik gelembung2 air. Patut le aku rasa pedih yg amat. Nak pegang kepala ni pun sakit, aku sikat rambut sebelah kanan je. Sengsara jap....
Yg aku x puas hati bila jumpa doctor tu, boleh dia kata aku ruam, maybe peluh byk. Dia sruh aku g farmasi cari syampu. Tp dia bg jugak ubat tahan sakit & antibiotik. Aku tak brani mkn, sbb aku pregnant. Esok nekad nak g spital SALAM, tmpat aku slalu chkup pregnant.
3 Jun 08 (Selasa) : Jumpa Dr.Siti, doc pregnant aku. Dia terus tgk kepala aku, dia simpati sgt dgn aku sbb dia kata bende ni mmg cukup menyakitkan, u maybe kena Virus Herpes Zoster. (Apa tu??..aku tak tau). Dia forward aku pd Dr. Zul, pakar kulit & Saraf.
Dr.Zul explain detail kat aku psl virus tu. Aku kena KAYAP, adik beradik chicken pox. Ya Allah...takut nyer aku. Terus terpk baby dlm perut. Ya Allah, kau jauhkan anak dlm kandungan ku ni dari penyakit2 ni.
Dr. Zul bagi ubat tahan sakit,antivirus & MC seminggu. Virus ni tak kan mati, cuma utk lemahkan dia je. Dr. Zul kata, kayap mmg menyakitkan, rasa dia pedih seperti dihiris2 pisau, berdenyut.
Hb hantar aku blk kg sbb mak dah call byk kali sruh blk, walau aku dah kawin, mak masih nak jaga aku mcm dulu2. Itu lah kasih syg seorg ibu, tak terbalas rasanya sampai akhir hayat.
Malam2 aku tak boleh tido, sakit sgt2, betul kata Dr.Zul, sakit dia mcm dihiris2, berdenyut. Jatuh jugak air mata brutal aku. Alhamdullilah...semoga terhapus dosa2 kecil
8 Jun 08 (Ahad) : Aku blk Rawang, rasa semakin ok, alhamdullilah. Cuma perit2 kat kulit kepala tu masih terasa. Semoga anak dlm perut ni xde apa2 lah. "Baby ibu mesti sihat tau, jgn ambik apa2 penyakit dr ibu". Aku jumpa keratan artikel yg aku paste kat atas tu, paragraph yg last buat kan hati aku gundah gulana. Semoga semuanya sihat sejahtera. AMIN.
Seminggu MC aku dapat, tak penah dpt MC mcm ni lama. Masa Dr.Zul ckp dia nak bg MC seminggu, terus terbyg keje yg melambak kat opis. Camne ekk? Klau aku g jgak opis, abis 1 opis berjangkit lak.
Ni Ubat AntiVirus yang aku dapat, besar ubat ni susah nak telan. Kena patah dua, baru bleh telan.
8 comments:
nurul, jage diri n kandungan elok2..jangan lupe makan obat...
TQVM Faei, nampak mcm semakin ok. Jenuh jugak nak mkn ubat tu, 5 kali 1 hari....
Ko dah ok ke Nurul? Dugaan masa mengandung ni..Kuatkan semangat yek
alhamdullilah, dah ok zana. Cuma tgn x reti diam asyik nak menggaru je kesan dia tuh, gatal gile.
iye kot, dugaan le kot time pregnent ni, bagi anak aku nanti immune dgn semua virus hehehe...
org kata kalau mengandung mcm sakit.. nak kuar nnti senang.. :D.. ok get well soon.. ari2 bukak blog ko sbb nak tau updet..
mcm sakit tuh maksudnya mcm-mcm sakitnya.. nak bersalin nnti dpermudahkan..
AMINNNN...harap kata2 ko ghazi satu doa utk aku.
skrang ni apa petua org bg utk mudah bersalin, semua aku amalkan. Semoga senang-lenang le dia kluar..hehehe
Aku dulu amalkan jugak petua ko Nurul...kena banyak berjalan..aku pun ape lagi gi berjalan di Tesko n Fajar Tepeng...sonok tau...alhamdulillah la mudah bersalin..jahit pun 2 jarum jek sebab koyak skit jek..Alhamdulillah..
Pastu suami aku ade tanak minyak kelapa..minum minyak dia tu...dan macam2 doa la dia bace kat aku....air selusuh pun aku minum gak...
dan paling penting kena doa banyak2 kat Allah...
Post a Comment