24 June 2008

Kesiannya Eirfan...

Dr. Serena : hi Eirfan, Apa yg tak kena ni.

Aku : Anak i tak sihat since last week, sekejap badan panas, then ok semula. Kdg2 dia jd tak aktif, terbaring lesu, xmo makan.

(doc tu check dlm mulut, kaki, tgn & badan)

Dr. Serena : Kalau saya cakap, u jgn terkejut. Tanda2 pd anak u ni maybe adalah coxsackie. Dalam mulut dah ada ulser, cuma ruam2 belum naik di kaki tangan. U letak anak u kat taska ke?

Aku : a'ah, hari2 i letak kat taska.(aku x tau apa itu coxsackie, jahilnya aku)

Dr. Serena : What to do kan, u pun nak keje. Oklah, i terpaksa bagi u MC, so that u boleh rawat anak u sendiri kat rumah.

Aku : Doc, brape lama sakit ni boleh ok. Apa yg i perlu buat (skali lg aku jahil dlm menjaga anak sendiri..sedihnya)

Dr. Serena : Dlm masa 7 hari, should be ok. Don't worry, u perlu kuarantin kan anak u dr kanak2 di taska, mungkin dr sana dia dpt this virus sebab perkongsian atau penjagaan kurang bersih. U bagi dia this antibiotik & sapukan ubat utk ulser dia.



Aku tak sabar2 nak sampai kat rumah, aku nak cari segala info pasal coxsackie. Cuaknya hati aku.

Eirfan sayang,
Ibu minta maaf. Dari minggu lepas anak ibu sengsara dgn sakit ni. Ibu tak tau, ibu igt anak ibu demam biasa, tp bila demam eirfan asyik dtg bertandang sampai minggu ni, hati ibu jadi tak sedap.
Betul ke anak ibu kena coxsackie tu, atau pun eirfan cuma kena ulser sbb cuaca panas ni.
Tiap kali anak ibu sakit mcm ni, ibu akan salahkan diri ibu sbb letak eirfan kat taska, ibu tak mampu nak jaga anak ibu sendiri 100%. Ibu letakkan eirfan kat tempat yang tak gerenti 100% selamat. Walaupun ibulah org paling cerewet masa nak pilih taska tu dulu. Tp ibu tak salahkan taska, tmpat ramai org, mcm2 boleh jadikan.
Anak ibu sayang,
Ibu minta maaf. Ibu & ayah akan gilir2 jaga eirfan ok. Anak ibu cepat elok ye. Sebenarnya airmata ibu ni mcm tak tertahan nak mengalir, tp nanti mesti ayah eirfan ckp ibu emosional. Ibu tahankan jugak, dlm hati ibu ni seribu kesal.


Ni antara info yg aku dpt, semua gelaja ni ada kat anak aku kecuali yg no. 8 & 9. Dlm hati aku harap sgt, doc tu silap, maybe anak aku cuma demam biasa sbb cuaca panas.

Apakah gejala Penyakit Kaki, tangan & mulut (HFMD)?
Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan ini dipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti:

1) Demam (38°C) selama dua atau tiga hari
2) Sakit mulut
3) Berhingus
4) Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)
5) Sakit tekak
6) Hilang selera makan
7) Keletihan
8) Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak
gatal atau menyebabkan rasa sakit
9) Sakit perut

9 comments:

::epiloptimis:: said...

eirfan camna skang??harap2 demam dia dah ok..ko jaga dia bebaik..insyaAllah xde pape serius..

nUruL said...

ari ni husband aku yg jaga dia. so aku amik turn khamis & jumaat.
Harap2 bdn dia boleh cepat baik le, doc kata selagi melepuh x naik kat kaki & tgn, should be ok.Cuma hati aku ni je la yg asyik2 cuak, ayah dia relax je (senang jd lelaki ni hehehe...).

::epiloptimis:: said...

lelaki mmg laa gitu..luar je nampak macho..kat dlm hati dia, Allah je yang tau..banyak2 laa sabar..

Hilmi & Faeizah said...

moga Abg Eirfan copek somboh...

Azlan Ismail said...

Nurul, jgnla salahkan diri sendiri. Smua ni yang berlaku kehendak Tuhan. Aku paham tu perasaan ko bila anak sakit, mula rasa emo n rasa ralat x dpt jaga anak 100%, kene anta kat Taska. Aku pun sama.Tapi aku selalu cuba ingatkan diri aku, walaupun x dpt jaga anak 100%, kita bekerja untuk cari rezeki utk anak2 juga. Mudah-mudahan rezeki kita tu berkat dan anak2 akan berjaya :). Jangan sedey2 ye :)

Hilmi & Faeizah said...

Baru aku ingat skrg..dulu Syafiyyah ada kena ulser dlm mulut...demam dua tiga hari..nangis jek..x tido malam..x nak minum susu sebab sakit mulut n tekak...nak mengamuk je..aku xlena tido malam..asal bangun je dia mengamuk...tapi mase tu dia x duk taska pun lagi..dia duk umah je adik aku jage..tp dia hari2 tiap2 petang gi playground tunggu aku balik keje..aku rase dia kena kat situ la...dan setelah setahun peristiwa tu berlaku..baru hari ni aku tau anak aku kena HFMD ni ye..Ya Allah..

emi said...

hepi slalu

nUruL said...

to epiloptimis : itu la insan bernama lelaki, kdg2 gagal aku nak m'baca apa dlm hati dia tuh,so aku kena le bersusah hati lebih sket dr dia...heheheh

to Ummi S.F : kesian bdk2 klau kena ulser ni, nak mkn x boleh. Ulser tu berdenyut, kita yg tua ni pun klau kena mesti x tahan. Nak tlg pun x boleh. Ari tu aku gosok gigi anak aku, x perasan ulser tu ada kat gusi dia, penuh darah dlm mulut dia....gelabah aku jap.

to Azlan, Suzana & Azra Sofi : tu la zana, kdg2 aku pujuk2 jugak le hati ni. Kita letak dia kat taska bukan suka2 tp nak cari rezeki utk dia jgak. Tp bila time dia sakit ni la aku rasa terduga sgt, rasa gagal aku jlnkan t'jawab.Tp esk lusa bila dia dah melompat2 gembira, ilang le kesal aku tu...heheheh

nUruL said...

to Emi : TQVM