Biasanya org ckp, "Malang tak berbau".
Tapi....
Malang yang menimpa aku pagi ni memang dah berbau.
Bau dia mmg cukup ketara...betul2 depan idung ni ha.
Mcm biasa, rutin setiap pagi..anta anak2 ke nursery.
Lps dah salam + muahh2 bagai dgn husband pg td...terus masuk keta & bergegas ke nursery bebudak ni.
Jeling sket kat palang minyak tu....palang tu mmg betul2 atas line merah.
Maksudnya, mmg nak kena isi la tu.
Tapi level confident yg tinggi, aku buat tak tau je.
Kalau nak buat tahu pun, mmg kena gerak kan keta smpai stesen minyak jugak kan.
So no choice.
Sebaik je aku tggalkan anak2 aku, kete start tersenguk2.
Nak call husband, amik phone...ya allah, lupa pulak credit dah abis.
Aku guna prepaid ye kawan2, aku tak guna line. Klau guna line...harus bill aku 1K sebulan kot. Aku adalah pemain sms tegar.
Aku patah balik ke rumah, sbb blom kluar lg dr kawasan perumahan.
Dengan harapan, hb aku masih blom pegi keje.
Sebelum sampai rumah...kete aku dah 2-3 kali tersenguk2...suspen jugak.
Sampai je kat umah, alhamdullilah...hb ader lg.
Aku story mory kat dia, then dia kata....bwk slow2. Dia follow dr belakang.
Sbb kat umah pun mmg xde minyak spare. Selalu nyer mmg letak le sebotol kat umah.
Aku drive mmg dlm kadar yg cukup perlahan, kura2 klau nmpak pun..mesti sengih kat aku ni.
Nak jimatkan minyak le katakan.
Tgh syok2 drive kete dgn romantik nyer, aku jeling sket cermin blakang.
Eh...mana laki aku. td kata nak follow.
Adusss...gelabah dah ni. Kang kot berenti tgh2 jalan ni camne??
Takpe le...harap2 sempat sampai stesen minyak.
Start kluar dari kawasan perumahan aku.
Hati berdebar2, byk kete + motor dah 'HON' aku, sbb drive slow sgt.
Pepaham le org2 bandar nih, bwk perlahan di jalan raya memang satu kesalahan yg BESAR. Sbb kdg2 aku pun marah jugak dgn org yg bwk perlahan sgt....heheheheh
Tapi hari ni aku di marah oleh org lain....TENSI!!!!
Aku hidupkan lampu hazard....amik korang!!
Hari ini minyak kete aku nak abis ye ...HARAP MAKLUM!!!
Yahoo...aku dah nampak stesen minyak....dah start senyum.
Lps lampu isyarat ni nanti, penyeksaan aku terlerai. Stesen minyak kat depan tu je.
Lampu hijau....zooommm....aku tekan minyak.
Gerkk...gerkkk...gerkkk...kete aku dah mati enjin.
Adusss...aku try start. Tak bleh hidup jugak.
Peluh2 ni, kete dah dok kat tgh2 jalan, org dah hon2....sbb lps lampu hijau, mana ada org bwk slow.
Aku takutttt..jeling2 blakang...mana laki aku nih. I wish u here RIGHT NOW!!
Baru abis minyak aku dah takut....lagi le kalau kete rosak.
Arghhh...aku x leh dok kat sini jer...kena buat sesuatu.
Turun keta, kunci, then terus menapak ke stesen minyak. (Tak jauh pun dlm 500m, peluh gak la)
Sampai stesen minyak...apa aku nk buat kat sini. Bukan nyer ader botol nak amik minyak....BUNTU.
Ok..idea dtg...aku g kat mamat baju kuning yg ader lambang SHELL.
"Encik, boleh tolong tak. Keta saya abis minyak, ada kat sana tu, Boleh tlg tolak"
Alhamdullillah...masih ada insan berhati mulia yg nak tlg aku.
Maka pekerja2 SHELL itu telah bersetuju nak tlg tolak kete.
Malu sebenarnyer ni....
Di pendekkan citer yg pjg ini, sampai la kete aku di stesen minyak.
Tengah2 aku nak say thank you kat mamat2 tu, nampak laki aku dgn kapcai nyer.
"Eh...kete mati ke, mati kat mana?? Ayah patah balik umah td, wallet tertinggal"
Cepat sungguh sang suami memberikan penjelasan tanpa di tanya.
Aku merasakan tidak salah untuk aku memasamkan muka aku ni kan.
Tapi disebabkan yang bertanya itu adalah seorang 'SUAMI', maka ku limitkan level kemarahan ku ini.
Jangan marah...nanti dapat dosa free pagi2 buta ni. Dah le pagi Jumaat kan.
Aku Exit Tol Rawang pukul 8.00am.
Dan aku sampai kat opis pukul 8.30am.
Brape laju aku drive...tidak lah dpt aku bayangkan.
Alhamdullilah, selamat sampai.
Moral of the story : Dah tau minyak nak abis, lain kali isi dulu.
Ini la nama nyer, malang yg berbau.
Itulah kisah aku di pagi Jumaat yang mulia ini.
Télécharger Le Livre idolâtre Livre PDF Gratuit
6 years ago
5 comments:
Adoi nurul...haru betul cite ko ni...
itu la keharuan yg aku buat pagi2 td...hahahah...
at least next time aku beringat la..
i like the part bila ko sabar je ngn laki ko.. very good.. ssedap d dengar tp susah nak buat woo..
hehe.. aku kan paling takut kalo myk habis. utk pengetahuan ko, selama 5 thn aku bawak keta kecik aku tu, tak pernah sekali pun meternya berwarna merah sbb aku mesti akan terus isi penuh kalo dah nak dekat ngan E. sbb x berani amik risiko.. huhu.
to kecik : yaa betulll...nak buat mmg susah bila hati tgh marah. tp sebab kesilapan dia bukan yg disengajakan, sejuk kan le hati sendiri. bebel jugak sket sebenarnyer hehehe.
to syida : aku pun mmg slalu make sure minyak sentiasa penuh. tp apasal ntah hari sebelum tu malas benar nak g stesen minyak, ramai org sebenarnyer, mls nak Q.
actually, mmg dah tersurat nk kene tolak kete kot...at least tambah 1 pengalaman heheheh...
Post a Comment