Menurut bonda aku, aku memang org yg cerewet, terlalu mementingkan kesempurnaan.
Menurut suami aku, kadang2 aku sangattt cerewet, terlalu details.
Menurut kawan2 aku, sometimes aku cerewet, sometimes aku sempoi je.
TAPI,
Bagi diri aku sendiri, aku AMAT cerewet.
Cerewet dalam melakukan apa sahaja, benar kata bonda aku, aku begitu mengharapkan kesempurnaan.
Walaupun dalam dunia ni mana ada perkara yang sempurna.
BUT,
Aku cuba sehabis baik untuk apa sahaja yg sedang aku lakukan.
Kadang2 kesempurnaan itu aku buat untuk diri sendiri,
Dan kadang2 ianya aku lakukan untuk orang lain.
Aku cuba untuk mengurangkan tahap kecerewetan aku ni.
Tetapi,
Semalam, kecerewetan aku bermula kembali.
Aku telah melakukan soal siasat yang cukup menyesakan fikiran orang yg menjaga anak aku di taska.
Kalau pasal anak, aku mmg tak boleh bertolenrasi tahap kesempurnaannya.
Aku setuju dgn pendapat suami aku, org lain jaga anak kita, tak kan sama dgn kita jaga sendiri.
Yes, aku setuju.
Tetapi, hati sekeping ibu tidak akan boleh terima kalau mereka hanya bagi anak aku makan 2 sudu nestum sahaja at 1 time.
Kecik aje hal nyer kan!!
Tapi bagi aku, ianya cukup besar. Semalam aku mmg beremosi sedikit, My Fiqry semakin kurus, kalau pegang badan dia, boleh rasa tulang.
Aku saja2 try tanya pada penjaga tu, jadual pemakanan anak aku.
Tiada tanggapan apa2 pada mulanya, sekadar ingin tau.
Tapi jawapan yg aku terima : "Fiqry makan nestum 2 sudu sekali mkn, kami masukan nestum ke dalam botol yg fiqry guna utk minum susu"
Anak aku dah 7 bulan, 2 sudu tu utk baby 4-5 bulan...aku sendiri selalu suapkan 5-6 sudu at 1 time.
itupun fiqry menganga lagi minta disuap.
Masuk kan dalam botol? Lubang puting tu khas utk susu sahaja, mcmana nestum nak kluar sayang oii....
Aku dah siapkan sudu + mangkuk utk disuapkan.
Aku dah siapkan note, brape sudu sepatutnya diberi makan.
Fiqry baby lagi, dia tak pandai ckp kalau lapar wahai insan yg pandai berfikir.
Dan berulangkali aku pesan sebelum ni, brape sukatan pemakanan anak aku.
Aku bercakap dgn dinding ke?
Aku memang pada mulanya tidak mahu terlalu cerewet...tidak mahu bertanya lebih2.
Aku takut org bosan.
Tapi, inilah padah kalau aku berdiam.
Masa aku nak amik Fiqry semalam, muka comot habis...dia selsema. kamu2 semua geli ke nak tolong lap kan selsema anak aku?
Tuala kecik dah aku siapkan.
Sedih aku tgk anak aku.
Aku frust org buat anak aku mcm tu.
Itu anak aku yer...bukan anak kucing.
Aku amanah kan kamu semua utk tolong jagakan anak aku.
Entah la....entry ini di catatkan dgn penuh keemosian. Sorry.
Adakah aku org yg tidak berterima kasih atas pertolongan kamu2 semua?
Aku terlupa sesuatu, aku tidak boleh samakan org lain dgn diri aku,
melakukan sesuatu perkara dgn sehabis baik...tetapi aku cuma harapkan sedikit rasa amanah dari kamu2 semua. PLEASE......demi anak aku!!
Télécharger Le Livre idolâtre Livre PDF Gratuit
6 years ago
9 comments:
errkkk...kawan aku dah meletup..sabo beb walau aku tau aku pun akan meletup gak bila tiba bab anak2 ni...mmgla bukan anak diakan tapi x rasa berslh ke jaga camtu tapi duit tetiap bulan amik dgn gumbiranya kan...aku sokong ko mrh depa :)
bengong gak otak depa baby 7 bulan yg dah aktif makan 2 sudu nestum je..bangang ke apa tu
Ye aku sokong ko...aku bab2 anak ni runsing selalu..macam si Burhan dah 1 tahun 5 bulan, berat baru 8kg..puas la nak menaikkan berat badan, macam2 cara....salah aku ke?
Ms'Lilies : itu la, aku pun rs diaorg bengong le, ada ke bg anak aku mkn 2 sudu, terkejut aku dgr..leher anak aku tu dah jinjang mcm leher anak dara dh ha...heheheh,
pasal duit jgn ckp le...claim OT dr aku tak penah lupa tu...mcm2 ragam la.
Ummi S.F : anak ko sape jaga? bdk2 yg tgh lasak mmg susah sket nk mkn. Tp aku rs as long as ko bg dia cukup susu, then ok, food tu tetap bg jugak la.
sama la ngan akak...cukup risau kalo org lain yg jaga anak...ini la salah satu sbbnya akak tak keje2 lagi...hehehe.....ada aje yg tak kene dek mata kalo org jaga....semua nak sempurna...sama cam akak...kuikuikui...kita serupa...
aku sokong kalau ko marah..kalau aku pun, boleh jadi marah jugak..kita mmg harapkan org boleh jaga anak kita mcm kita jaga..tapi apakan daya..itu anak kita..bukan anak dia..maybe kena remind selalu kot..tapi cam letih gak nak ckp byk kali..kalau aku laa..mmg tak suka ckp ulang2..ingat announcement ke..
camna anak ko baru 8kg..anak aku baru 3 bln dah 6 kg..tapi betul gak kata nurul, kalau dia ok, jgn risau sgt..kang obes plak..
melor ; itu la, slalu jgak le pujuk hati klau ada je bende x kena dgn mata nih, malas nak berkira sgt...tp klau the basic thing ni pun diaorg tak jaga...apa tah yg lain kan.
epiloptimis:: actually aku xmo marah, tp bila dgr dia bg anak aku mkn 2 sudu je, trus emosi aku membuak2....bertubi-tubi aku tnya soalan kat dia, smpai dia tergagap nk jwb. bila pk balik, sian jgak la...tp ntah dah brape lama dia bg anak aku mkn 2 sudu je. Frust betul aku.
terpaksa le aku remind slalu, sebelum ni pun, tiap kali amik, aku tnya samada anak aku berak ke tak, minum susu mcmana, ok ke tak.
agaknya org lain maybe tak secerewet aku kot....mesti diaorg boring je dgn aku.
aku rasa tak salah kalau kita jd PI..hehehe..aku pun camtuh gak..semua aku tanya..aku rasa mmg patut kita tanya..dah anak kita..ye tak??
Yup..walau aku x de anak aku rasa kalo aku ada anak sure lagilah lebih2 cerewet daripada ko.
Kita bayar beb,bukan jaga free, watla keje elok2. Ko sound sket akak tu. Kalo org buat anak dia macam ni dia suka x? Haa..ko dengar jawapan dia! kelassss!
epiloptimis : tu la..kena le jd PI, jd bz body sket...wallahhh...malas btul aku la.
nanie : aku dah sound la tu, tp sound tak berapa nak direct la, aku dah alas2 kan sket lidah aku ni. yg jaga anak aku tu gadis2 manis muda belia lg. for sure tak merasai hati org yg ada anak ni.
Post a Comment