Baru aku nak menarik nafas lega, sebab segala urusan anak2 dah selesai.
Bibik pun dah dapat & nampak boleh di harapkan.
Tiba-tiba aku didatangi cerita yg agak 'serammmm'
Arghhh.....aku ni dah le tergolong dlm golongan yg agak kurang berani.
Walaupun kat luar nampak mcm brutal je, even kwn2 opis aku pun x caya aku ni penakut.
Aku mmg penakut sebenarnya.....huhuhu
Ok, Ceritanya begini......tadaaaaa....
Dalam 2 minggu bibik aku kat sini, dia ada la demam.
So macam biasa, aku amikkan dia ubat.
Aku rasa badan dia, xde la panas sgt, cuma dia kata pening kepala, then dia pun assume maybe perubahan cuaca.
So aku biarkan dia berehat dlm 2 hari.
Lepas dia dah sihat, aku tnya dia samada mmg slalu ke sakit kepala masa kat indon.
Dia kata, jarang2...kalau sakit pun sekejap...takde la lama2 sgt.
Then seminggu berlalu, aku sengaja tnya kesihatan dia semula.
Tiba2 dia bukak citer......dia kata, ari tu yg kepalanya sakit sbb diketuk orang!
Huh!!!...diketuk org?.....sape yg ketuk? Eirfan ke?....aku nak start tuduh la.
Sebab anak aku yg sorang tu boleh tahan jgak notty nye.
Dia kata "enggak kak, malam tu saya di bawah, nonton tv, akak & abg semua di atas, tiada sapa2 di bawah ini, tiba2 saja saya diketuk kuat sekali di kepala, sakit bangat kak. Bingung kak, enggak ada sapa2...tp kepalanya di ketuk, langsung demam kak"
gulppp.....aku telan air liur. berdiri segala bulu roma. aku tarik dia duduk sebelah aku.
"bibik, cerita semula....bibik bukan tido ke masa tu, bibik sedar tak"
"iya kak, enggak tido...lagi nonton, malam jumaat. kak, rumah di tepi2 ini kosong ya?"
"a'ah kosong...xde org, kenapa?"
"mungkin ada yg ganggu saya, saya kan org baru di sini, mungkin ada yg enggak suka sama saya"
Aku panjangkan citer ke husband + ayah + mak.
Mula la aku start takut nak dok umah sendiri.
Dulu2 aku mmg mcm ada rasa sesuatu jgak kat umah ni. tp xde le gejala sebrutal ni terjadi.
Ada rasa2 je la...mak aku & mak mertua pun ada ckp, rumah aku ni mcm la 'ada sesuatu'.
tp tak dpt nak dipastikan.
Then aku berjumpa dgn seseorang yg pandai hal2 mcm ni kat Melaka.
Minta 'tengok' kan rumah aku ni.
Katanya, rumah aku ni mmg 'ada', tp bende tu dtg pergi....dia tak tetap kat situ. Bertuan bende tu. Dan orang tu pun ada ajar apa yg patut nak dilakukan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
12 July 2009
Minggu lepas, bibik aku sakit kepala semula.
Kebetulan hari sabtu tu aku nak balik kg di pahang.
Kesian pulak aku nk bawak bibik dalam keadaan sakit kepala tu, lagi pening nanti klau jalan2 jauh. So, aku suruh dia rehat je kat umah. Aku just balik hari je, nanti malam balik semula ke sini. Aku pesan kat dia, takyah buat keje apa2...rehat je.
Sepanjang berada kat pahang, aku x sedap hati tinggalkan dia sorang2.
Kejap2 aku telefon dia. Ayah aku pun marah aku tinggalkan bibik.
Bukan sengaja nak tinggalkan, nak bwk pun dia x sihat....nanti jadi lg sakit.
Ayah aku pun kejap2 call bibik, ayah aku takut bibik lari sebenarnya heheheh.
Ayah aku takut sgt bibik tu lari.....byk kali aku ckp kat ayah "ayah, klau dia nak lari....biar la, dia akan cari masalah sebenarnya"
Dan pada bibik pun aku dah pesan "bibik kalau tak suka keje dgn saya, bagi tau aje...jgn lari2, nanti susah sendiri, saya boleh hantar bibik pulang dgn baik"
Berbalik pada citer asal, hari keesokkan nya....aku lumurkan kepala bibik dgn asam jawa.
Petua org tua2, klau sakit kepala....nak redakan, lumurkan dgn asam jawa & bungkuskan dgn kain. Aku suruh dia rest, bagi kepala tu sejuk. Harap2 elok lah nanti. Risau jgak aku kot2 lain pulak penyakitnya.
Bila petang sket, bibik dah bgn dr tido....aku tnya reda sket ke sakit nya.
Dia kata "enggak, dadanya panas...langsung bawa ke kepala. otaknya rasa bagai ditarik2 kak. sakit bangat. malu mau bilang sama kakak. saya ini pembantu aja, tapi udah menyusahkan kakak & abg. dibelikan obat, dipicitkan kepala, ampun kak"
Adusss....kesian pulak dia.
Aku x sedap hati, start menggoogle sana sini.
Jumpa website ni : Perubatan Islam , kebetulan dekat je dgn rumah aku.
Husband call, alhamdullilah....Ustaz tu setuju untuk dtg umah....tp yg dtg ni pembantu dia.
Lepas magrib, hb aku g amik dia, trus bwk ke umah.
Sesi rawatan dijalankan.
Berkumandang ustaz tu membaca ayat2 tertentu dr al-quran.
Dalam lebih kurang 1 jam, rawatan berakhir.
Tiba2 ustaz tnya pada bibik "kamu solat?"
Sepatah jawapan dari bibik "enggak".
Terkedu aku dgr jawapan bibik. seingat aku, mmg aku pesan pada dia utk solat.
Aku rasa malu pada ustaz, silap aku tak mengingatkan bibik.
Tapi masa awal2 bibik dtg dulu, aku mmg nampak dia solat....specially subuh.
Tapi aku xde la nak monitor.....bersalah pulak rasanya, malu pun ada.
Ustaz bagi ulasan pada kami,
"rumah ni rasanya takde apa2, klau ada pun yg biasa. ada makhluk tuhan yg lain yg tggl sama. tp saya dah keluarkan. dan saya dah 'pagarkan' rumah ni.
cuma, apa yg ada pada bibik...saya kurang pasti. itu yg menyebabkan dia sakit kepala.
nanti tanya2 la pada dia...klau2 ada apa2 amalan dia atau kepunyaan keturunan dia. Dan satu lg, solat jgn tinggal"
Aku jamukan tetamu malam ku ni sekadar yg ada.
Berpeluh2 jugak ustaz tu tadi....alhamdullilah, dia setuju nak menolong.
Ustaz ada jgak bertanya pd bibik ada tak dia bermimpi yg berkenaan air spt kolam, laut, sungai, hujan.
Bibik kata takde, cuma.....sepanjang dia tinggal dgn aku ni tak pernah setiap malam dia tidak bermimpi berjumpa org yg dah mati.
Huh??....bibik x penah citer kat aku pun...ternganga jap aku.
Dalam mimpi nya tu, dia akan jumpa org yang dia kenali di indon, tp semuanya dah mati.
Salah seorang darinya ialah ayahnya sendiri.....dalam mimpi tu, ayah nya pernah berckp supaya bibik sekiranya dah balik ke indon nanti, jgn dtg lagi ke sini, nanti bibik akan terus sakit.
Adusss...haru sudah.
Sementara menunggu hb anta ustaz tu balik, aku ajak bibik bersembang pasal sakit dia semalam.
"Bibik, lepas ustaz tu ubatkan, sakit lagi ke kepalanya"
"udah kak, lega sekali....hilang terus sakit nya. klau akak tak pnggil ustaz utk ubatin sy, mati rasanya"
"ishhh bibik ni, tak kan le sakit kepala boleh mati"
Bibik senyum aje, tp aku lom puas hati bertanya.
"Brape hari dah bibik sakit kepala"
"sejak duduk sini....sakit aja kak. klau siang nya, kakak tiada, sakit terus.
setiap hari jumaat, kepalanya terus pusing, hati nya enggak tenang kak, sakit macam di belah2.
jumaat yg lepas, jam 1 gitu.....saya duduk di tepi tingkap, kepala terus sakit macam di rontok2 otak nya, saya rasa mau bunuh diri. tp bila nampak ke dedek (anak aku), terus saya istighfar. langsung ingat anaknya di indon, klau saya mati...kasihan anak2 di sana, sapa yg mahu urus"
Aku mmg terkejut gile, bila bibik cakap dia smpai terfikir nak bunuh diri.
kenapa smpai nak bunuh diri.
Menurut bibik, hati dia tak tenang, runsing je...sekejap rasa nak marah, sekejap sedih, kecewa dan macam2 lg jenis perasaan.
Dan dia ada gak ckp.....rasa seperti nak gila, kdg2 tanpa dia sedar...dia gelak sorang2, bercakap sorang2...dia pun tak tau kenapa jd gitu.
Bende tu jd sejak 2 minggu kebelakangan ni.
Risau nya hati aku, dah la anak2 aku dia yg jaga sepanjang aku g keje.
Kalau jadi apa2, kan susah.
Tapi aku pelik...apa yg mengganggu bibik ni.
Ada 'bende' ke kat umah aku ni...or 'bende' dr tmpat dia.
Aku pesan kat bibik....solat jgn tinggal.
Kalau ada rasa apa2, cepat2 amik wuduk...baca apa2 yg patut.
Aku buntu sbb aku tak tau apa bendenya yg mengganggu dia.
Kesian kat bibik....dia sakit rupanya selama ni. Aku nasihatkan dia supaya cerita segala masalah kat aku. anggap aku ni keluarga dia...dia malu dgn aku, dia kata dia tu menyusahkan aku.
Aku x pernah rasa dia menyusahkan aku, dia byk membantu aku...aku byk terhutang budi dgn dia. Duit gaji yg aku bagi setiap bulan tu , bagi aku hanya sesuatu yg aku perlu buat shj.
Tetapi nilai kepercayaan aku dan rasa amanah dia la yg tidak boleh dinilai dgn duit.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
13 July 2009
Kat opis, aku kongsikan cerita ini pada seorang kawan.
alhamdullilah...masih ada jalan utk aku bantu bibik.
Aku dibawa kawan aku berjumpa dgn seorg yg berpangkat dekan.
Menurut kwn aku, dekan ni 'pandai' jugak dlm hal2 mcm ni.
Aku malu sebenarnya, sbb aku tak kenal pun dekan tu, tp sebab niat mmg nak tolong bibik, aku pergi jugak la.
Aku ceritakan semua masalah aku pada dekan yg aku pnggil ustaz tu.
Setelah 'ditengokkan', ustaz tu ckp....
kat rumah aku mmg ada 'sesuatu', tetapi yg biasa je. boleh dialihkan. dan ianya boleh dtg & pergi..sama seperti kata ustaz yg pertama aku jumpa sebelum ni.
pasal bibik, agak berat....mmg ada yg mengganggu dia...mungkin dari tempat dia.
tapi ustaz tak pasti, samada 'bende' tu mengikut bibik, atau ada yg hantar, atau amalannya.
Ustaz bekalkan aku air utk menenangkan hati bibik. Menurut ustaz, bila hati x tenang, syaitan senang mengganggu, sbb tu dia terfikir benda yg tak elok & termimpi yg pelik2.
Sampai di rumah, aku terus bagi air tu kat bibik & terangkan cara kegunaannya.
"bibik, hari ni ada rasa sakit lagi tak"
"ada rasa dikit di kepala sebelah belakang. Dan tadi perasaan nya bagai di ganggu lagi kak, terus saya ambik wuduk dan baca yassin"
"ooo...ada rasa lagi ye, ok xpe...bibik terus je ambil wuduk klau ada rasa apa2 ye. solat nya jaga ye. ayat2 amalan yg ustaz bagi dulu tu terus amalkan"
Aku risau sebenarnya. aku rasa macam ada org yg niat tak baik dgn bibik.
Aku perlu dapatkan info lg byk dari bibik ni. minta dia cerita apa lg yg aku tak tau, then senang aku nak bantu dia.
"bibik, masa dtg ke sini..suami bibik izinkan tak?"
"masa mau ke sini, saya kurang sihat...demam, langsung muntah2, suaminya yg hantar sampai ke bandung....suaminya udah marah2, bilangnya...tiket udah di beli, mesti pergi juga. suami nya izinkan kak, tp separuh2, bilangnya takut nanti di sini mati. Ramai tetangga yg kerja jd pembantu di China, tapi pulang nya mati"
cukup setakat ini info yg aku dpt....nak suruh org bercerita ni susah jugak.
Nak suruh dia menceritakan sejarah kehidupan dia....kena ambik masa jugak.
Takpe...esok aku usahakan lagi...ini semua aku buat untuk kebaikan dia jugak,
Semoga allah memudahkan urusan aku untuk membantu dia.
------------------------------------------------------------------------------------------------
14 July 2009
Hari ni husband call agensi, tempat aku ambik bibik dulu.
Nak minta pendapat dia pasal kes bibik ni, maybe dia ada pandangan yg lain.
Hj.Radzi, empunye agensi tu....minta kitaorang hantarkan bibik ke rumahnya hujung minggu, maybe seminggu disana.
Dia boleh bantu katanya. Alhamdullilah...masih ada jalan.
Dah jadi rutin aku sejak dapat tau masalah bibik ni, aku akan tanya perkhabaran dia setiap hari.
"bibik, hari ni ada rasa apa2 tak?"
"pagi tadi, masa duduk2 dgn dedek (fiqry), tiba2 aja jantungnya berdegup pantas kak, bagai kuda yg berlari, rasa mau copot jantungnya. sakitttttt....ada dlm 5 minit. kalau lama lagi, saya mau menelefon kakak aja"
"brape kali jadi macam tu kat bibik"
"sekali aja kak, selepas saya minum air yg kakak bagi tu....air yg dari ustaz tu, terus berdegup jantungnya, kalau lama begitu...bikin mati kak, kuat berdegupnya"
Risaunya aku, takut jadi sesuatu kat bibik.
Hati aku kuat mengatakan ada yg berniat tak baik pada bibik.
Kalau tidak, masakan kejadian2 aneh ni boleh berlaku.
Aku jd geram pulak, semakin semangat aku nak bantu bibik.
'Bende' tu seperti berperang selepas aku usahakan utk ubatkan bibik.
Aku pesan kat bibik, "teruskan melawan dgn baca ayat2 dan surah2 yg ustaz tu bagi, kuatkan semangat....klau semangat lemah, syaitan senang nak pengaruhi diri kita. Ingat anak2, bibik dtg sini nak cari duit utk sekolahkan mereka, bibik mesti kuat semangat, jgn dgr bisikan syaitan.
Saya akan bantu bibik setakat yg saya mampu."
Alhamdullilah, bibik nak jugak mendengar nasihat aku.
Dan dia pun setuju, seperti ada yg berniat jahat dgn dia.
Aku perlu dptkan lagi info, "bibik, pernah tak rasa mcm ni kalau di indon"
"enggak kak, perasaan nya lain bila disini....sakit selalu."
"bibik ada gaduh2 ke masa di indon, atau ada yg sakit hati ke sesama jiran"
"enggak kak, keluarga kami tidak pernah bermusuhan dgn sesiapa, kami berjualan dgn jujur. tetapi enggak tau kenapa org lain selalu membuat kami. kalau jualan kami dibeli oleh org lain, nanti yg berjualan disebelah kami terus menyakiti kami dgn dihantar 'bende' sebegini"
Aku rasa dapat meneka kenapa semua ini terjadi. Tapi bibik belum mahu bercerita semuanya.
Ya Allah mudahkan urusan ku dalam membantu hamba mu ini.
AMIN.
Télécharger Le Livre idolâtre Livre PDF Gratuit
6 years ago
2 comments:
Macam2lah bibik ko ni. Alasan dia nak balik indon atau dia nak kerja lain? Atau memang betul2 diganggu.
Aku rasa ko tukar bibik la. Dia ada gangguan atau ilmu yang kita tak tahu. Sebelum jadi yang bukan2 baik ko cari yang lain. Tak perlulah ko pening selesaikan masalah dia. Mungkin dia tak serasi kerja dengan ko dan ko ada calon yang lebih baik.
Kalau aku jadi ko, aku cari orang lain. Memikirkan anak2 lebih penting daripada lain2 kan? Demi keselamatan anak ko. Tuh je.
Hati2 yer nurul.
apa endingnya citer ko ni?
Post a Comment