Imbasan semula sekitar pertengah Mei 2009
Ibu : Eirfan, ni bibik...nanti klau time ibu & ayah pergi work, along dok dgn bibik yer.
Eirfan : Bibik??...apa tu??....ni bukan bibik la ibu, ni auntie.
Ibu : OK, auntie pun boleh. Bibik tu maksud dia auntie la.
Eirfan : Tak nak!!!...along nak panggil auntie jugak.
Ibu : OK. No problem.
Haaaa...macam tu la segala nyer bermula. Sejak bibik duduk sini, anak aku yg sulung tu mmg panggil 'auntie' kat bibik. Bibik aku ni agak pelembut org nya. Dia pun ada citer, tak pernah marah anak2 dia..kasihan (kesian) katanya. Dan kadang2 bila aku marah2 kat anak aku....dia ckp, udah la kak, kasihan.....kecil lagi.
Aku lak yg malu sendiri heheheh.....
Ada jugak sesuatu kebaikan yg aku boleh belajar dr dia.
Tapi...lain pulak kisah nya dgn si Eirfan, suke sgt la nak membuli auntie nyer tu.
Mentang2 org tu tak byk cakap..diam je, lagi galak dia membuli.
Kadang2, Eirfan tarik rambut bibik, naik atas belakang badan, suruh amik itu ini, marah auntie klau tak ikut ckp dia.
Sampai satu ketika, bibik aku ngadu kat akak ipar aku, mintak tolong ckpkan dgn aku psl perangai si Eirfan la.
Haru la anak bujang aku yg sorang ni.
Aku tak pernah ajar dia utk bezakan antara bibik dgn kitaorg semua.
Dari mana la dia tau yg bibik tu as a maid, aku pun tak pasti.
Apa yg aku boleh buat, hari2 sebelum g keje...aku pesan berbakul2 kat eirfan, jgn buat auntie, dgr ckp auntie, jgn marah2 auntie, nak apa2 ckp elok2...lepas main mainan mesti kemas sendiri.Kalau ibu & ayah xde, along mesti jaga baby.
Perkara yg sama jugak aku buat tiap kali sebelum Eirfan tido, time dia lalok2 tu, aku bisikkan kat telinga dia.
Nampak nya, alhamdullilah..menjadi jugak.
Pada bibik, aku pesan supaya tak ambik hati dgn apa yg Eirfan buat atau cakap.
Aku minta dia supaya menjaga anak aku seperti anaknya sendiri.
Maybe bibik ni orang nye pelembut, anak bujang aku lak agak agresif, kejutan budaya la si bibik aku tu.hehehhe...kesian dia.
But now, nampak mcm ok..cuma kadang2, ada jugak aku dgr eirfan meninggi suara pada bibik.
Cepat2 aku bagi 'warning letter', slow la sekejap tune suaranya.
Tapi budak2 ni, nak kena selalu diingat kan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Setakat ni, aku takde apa2 masalah dgn my maid.Aku dah cuba belajar mengurangkan tahap kecerewetan aku.
Maid aku ni pun rajin, keje takyah bersuruh.
Even keje dah takde pun, dia still tak duduk berehat.Ada je bende yg dibuatnya.
So aku pun biarkan je la apa yg dia nak buat.
Tapi aku ada sedikit masalah yg maybe boleh di panggil dilema.
Sejak aku ambik maid ni, terlalu byk aku terima pandangan negatif dari segolongan individu, kebanyakannya dari saudara mara.
Kadang2, sbb terlalu byk sgt input negatif...aku bertanya pd diri sendiri,
"salah ke aku amik maid ni?"
"silap ke tindakan aku"
Ini antara lontaran kata2 yg aku terima dari segolongan individu tersebut.
Sebelah husband :
adegan ketika sambil2 tgk tv
"eeeeeeeee.....takde le akak nak amik maid, si polan tu hari tu amik maid,last2 maid tu tinggalkan anaknya terkurung kat umah.Maidnya lari ikut boypren"
adegan ketika makan2,
"akak bukan nak takut kan ko nurul, ada jiran akak tu, maid dia bercinta dgn laki sendiri.skrang ni, jiran akak tu tak tau nak buat apa, lakinya dah tergila2 kan maid dia.padan muka dia, nak sgt amik maid, ni la jadinya"
adegan ketika 2 individu bergabung tenaga mencurah pendapat,
"kita sebagai mak ayah ni, anak2 tu tanggungjwb kita. jgn esok anak2 tak kenal mak ayah.nak amik maid tu pun, fikir2 lah dulu. byk buruk dr baiknya.anak org kampung sana tu, meninggal masa maid jaga.sampai skrang mak ayahnya menyesal tak sudah"
Sebelah keluarga sendiri:
Adegan sesekali berjumpa:
"ko boleh la amik maid, laki bini berkeje. byk duit!!. kalau aku, lagi puas hati jaga anak sendiri"
"camne le ko bleh terpk nak amik maid, boleh caya ke maid ko tu, kot nyer di bwk lari anak ko"
Semua pandangan yg dilontarkan, aku hadapi berseorangan dengan diam & senyum.
Sesekali aku anggukan kepala. Apa lg yg boleh aku buat.
Aku tak salahkan mereka yg memberi pendapat.
Kisah2 yg mereka hamburkan, bukan nyer cerita palsu.
Mereka bagus kerana sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Dan aku jugak selalu terbaca cerita2 tersebut. Tiada yang salah dalam apa yg mereka katakan.
Tapi sebelum keputusan yg aku buat utk amik maid ni, mcm2 yg dah berlegar dalam kepala.
Berbagai org aku bertanya utk dptkan pendapat.
Bermacam tempat aku rujuk utk mencari info.
Dan akhirnya aku pasrah......ini bukan kuasa aku.
Jawapan aku pada mereka yg melontarkan pandangan sedemikian :
"bila sesuatu yg melibatkan sikap manusia, tingkah manusia, hati & perasaan manusia.....aku dah tak mampu utk melakukan apa2. aku pulangkan pada yg kuasa.
Agama mengajar kita apabila melakukan sesuatu perkara, usaha, doa & tawakal adalah caranya."
Aku hanya mampu berdoa & tawakal, aku tak tau apa usaha yg perlu aku lakukan.
Maybe la, mencari info tentang bangsa apa yg bagus utk dijadikan maid, boleh dianggap usaha aku. Aku ada jgak baca tentang adat resam mereka, supaya tak terjadi perselisihan faham.
Itu je yg aku mampu lakukan. Selebihnya, aku serahkan pada yg kuasa.
Andai aku dihimpit dgn bala yg tak aku jangka. Aku tekadkan dalam hati, mungkin ini ujian dari-NYA. Dia maha mengetahui apa yg mampu aku lalui.
Kalau aku berterusan dgn andaian negatif...aku tak kan kemana2.
Tak semua manusia jahat, masih ada yg berhati perut.
Prinsip aku, sekali aku dah melangkah...segalanya aku akan tempuh.
Dan doa aku...semoga aku kuat utk mengharungi semuanya, segalanya.
Ini merupakan pengalaman kehidupan, tak seharus semuanya indah kan!!
Aku akhiri salah satu sesi perbualan diatas dgn sedikit pandangan aku.
Dengan sedikit ilmu yg aku ada, aku berniat baik utk membuka sedikit minda mereka agar berikan ruang positif dlm diri.
Aku jangkakan akan menerima sesi perdebatan hebat, tetapi.....
"akak memang dah lama plan nak amik maid, makin susah bila bdk2 dah start sekolah, tak cukup tgn rasanya. Tapi husband akak tak bagi"
Aku diam sekejap....dgn rasa rendah diri, aku bg pandangan aku,
"akak berbincanglah dgn husband elok2, kalau akak rasa ianya merupakan satu keperluan, mesti ada cara yang terbaik"
Aku tinggalkan mereka untuk meneruskan kehidupan aku yang seterusnya.
Télécharger Le Livre idolâtre Livre PDF Gratuit
6 years ago
4 comments:
panjang cite ko kali ni...
kalo ada yg dengki dgn bibik...kurang2nya ko dah usaha...bertuah bibik dpt majikan cam ko ni...tak semua org blh tolerate benda2 gini....
pasal org ckp bukan2 tu....ko anggap je la diorg bg peringatan kat ko...yg penting bibik tu tau batas2 yg sepatutnya....setiap org tak tau apa sebenarnya yg jadi dlm keluarga kita...sbb tu diorg blh cakap macam2....dun wori too much...kurang2 sekarang ko dah boleh golek2 dengan anak ko kan chill bebeh :D
itu la..lama x berblog, skali buat entry..hhaaa..amik ko!!
itu la, aku rs mcm ada yg dengki dgn dia..agaknya allah mmg jumpa kan aku dgn bibik utk aku bantu dia. sbb dia kata ayh dia dulu mati sbb dibuat org.
psl org2 lain ni, ntah le...kdg2 aku mls nak bercerita anak dok dgn sape..sbb takut dgn respon seterusnya. tp dah org bertanya, aku jwb la...so aku terpaksa le kuat sket nak mempositifkan balik diri aku.
Nurul,
Cakap2 orang, kalau dilayan , memang macam2. Sakit hati n kepala kita dibuatnya. Aku pun selalu gak kene mcm tu.
Tapi tu la, mcm ko ckp, kite berbalik pada agama dan berserah pada Allah. Tak semestinya yg baik utk orang lain, yang itu akan sesuai untuk kite.Yang penting ko n suami, sepakat dalam membuat keputusan.
Aku adik beradik, masa kecik pembantu umah yang jaga. Alhamdulillah, kitaorg tak penah lupakan mak ayah kitaorang :)
-zana-
uishhh...lega sket hati aku baca komen ko. berbaur positipppp heheheh
anyway, thanks ye.
Post a Comment